Thursday, May 28, 2009

cinTa dAN DLM rEdhAmU..


Ya Allah…Tuhan yang memberiku cinta…
Engkau mengetahui hati ini merindukan cinta dari-Mu
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu

Kami rindu untuk berjumpa dalam taat pada-Mu
Rindu untuk bersatu dalam da’wah pada-Mu,
berpadu dalam membela syari’at-Mu.

Ya Allah…kukuhkan ikatannya, kekalkanlah cintanya,
tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu
yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal pada-Mu.
Nyalakanlah hati kami dengan ma’rifat kepada-Mu…

Ya Allah…
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong…

kami memohon cinta-Mu, cinta
orang-orang yang mencintai-Mu

dan cinta kepada segala yang akan
mendekatkan kami kepada cinta-Mu.


Ya Allah hanya pada mu tempat begantung,
peliharalah hamba ini dari kelalaian,
jaukan dari maksiat di hati hati kami..
peliharalah sehingga mendapat redhomu ya Allah..
takut dan lemah sering menguasai ku
bila mengingatkan redhomu Ya Allah,

maka kau peliharalah hati kami serta
berikan kesedaran di atas kelalaian yang dilakukan..

sesungguhnya redhomu penting ya allah.
dapatkah CINTA BERSAMA REDHAMU YA ALLAH?????
ameeen..

Saturday, May 23, 2009

PERINGATAN....


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi zepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj.. Akil Hayy Rawa)


Thursday, May 21, 2009

aPa HaRusKu lAkuKan..


akU bEncIkAn hImpiTan...
teman..dalam khidupan disini hanya kau yang hampir dalm hidupku, tapi ada masenye kau mncurigai keikhlasan dalm persahabatan ku... bagaiman nak aku jelaskn kjujuran dan keikhlasan yang hnya mmpu dilafazkan melalui lisan dan mnzahirkan dr segi kelakuan...itu sahaja yang mampu aku lakukan...

tapi teman,
kau masih tak mengerti kseluruhan hati ini...
hatimu lebih mudah tersentuh dengn khdiran orng ketiga disamping...hakikatnya dlm persahabatn istilah orng ketiga x harus diwujudkan...kerna kita masih dlm lingkungan teman seperjuangan..

ayuh teman,  
aku tak bisa menarik hati mu melainkan kau sndiri mngukuhkan jiwa mu...jgn terlalu murung dan mrendahkan dirimu..jadilah teman yang biasa seperti sblum ni...sesungguhnya kau dan dia  jua teman yang dihantar untuk kita sama sama mnuntut ilmunya demi mncapai mtlamat yng sama...keadaan sebegini hanya merosakkan emosi stady masing masing...
bukankah kita sumer mngerti tujuan kita bersama ktika ini adalah untuk matlamat yng sama, tpi trlalu awal sudah jelas dizahirkan keutuhan dlm persahabatan kita tiada..masing masing nak ikot hati kcil masing masing..itu smua provokasi emosi tman tman,

wahai tmanku,,,
jgn la kau trlalu mngikut hatimu tapi ikutlah jiwa mu yang memntingkn nilai prsahabatan itu...teman, aku sayangkn persahabatn ini,prsahabtan yang mmbimbing dan mmbina hidup kita...persahabatan itu indah bukan...

teman,
knanglah kmbali disaat kita bertiga pernah gembira bersama,tapi skrang knp perlu nak drasakan pesisihan dalam prshbtn kita ini,sdng kn sudah hampir 3 tahun kita bersama..

ayuh tman,
aku tak bisa memulihkan keadaan ini sendirian,,,semuanya perlu bertangunggjawab dan merendahkan ego bersama... tman,aku rindukan glak tawamu  dan yang paling kurindui suasana berjemaah kita semua,kerna itulah ikatan yang lebih erat untuk kita bersatu...

aku hanya mampu memohon pada mu yaallah, brilah klapangan dan klmbutan pd hati hati kami untuk trus bersatu..amin...

Tuesday, May 19, 2009

fuTuRe dReAm..


Ujian tuhan kepada semua insan
adalah kehidupan ini
yang baik menjadi tuntutan
yang buruk dijauhkan

syurga yang dijanjikan
bukanlah suatu hayalan
tentang nikmat berpanjangan
ilahi

neraka yng tecipta
mnghimpun azab derita
tangisan kesengsaraan
insaf


(chorus)syurga ..........adalah kelazatan
              terbentang buat hamba beriman
              yang kasih kan tuhannya
              yang kasih kan rasulnya
              yang ksih agamanya

              neraka.......... tempat kedukaan
              angkara kedurjanaan insan
              yang lupa kan tuhannya
              yang lupakan rasulnya
              yang lupa agamanya...

siapakah yang lebih mulia
dari mereka yang tidak lupa
janji allah adalah kepastian
dan nikmat syurga adalah INDAH

-in team-
*kepastian

Monday, May 18, 2009

pAtAh TumbUh HilAnG bErgAnTi..


Setiap akhir semester dua,kesedihan pasti menggamit kembali.Perpisahan yang mungkin diganti tetapi tidak mungkin menyamai dengan yang pergi.."pertemuan yang telah ditakdirkan juga perpisahan yang telah ditetapkan",walau kesedihan meyelimuti ,tidak bermakna segalanya berakhir disini,kerna aku yakin,pertemuan dan perpisahan yang ditetapkan telah disuratkan
dan ukhuwah yang dibina atas namanya pasti membawa sejuta makna dalam hidupku..
walau kini terpaksa dipisahkan demi memperjuangkan matlamat masing2namun ukhuwah itu masih menyatukan hati hati kami,walau di tanah air yang berbeza namun masih di bumi yang sama...
ini memberi keyakinan dan semangat
untuk akuterus berlari memperjuangkan perjuangan yang diperjuangkan selama ini,walau aku tahu, kini bukan lagi orang yang sama selama ini disisi ku ,

namun,teman2 seperjuangan yang masih bersama memperjuangkan satu matlamat itu jua ,
masih mampu membahagiakn diriku,
aku jua yakin dalm perjuangan yang dibawa bersama teman teman sefikrah ini,masih bisa untuk ku mencipta kemanisan baru dalm perjuangan ini..
walau ku tahu diakhir kemanisan yang dibina pasti akn berakhir..........................dan kmanisan ini hanya akan mnjadi memory dalam ingatan semata ,
tapi mengertilah itulah fitrah dalm membina persahabatan...
setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan...dan kenangan itu yang akan memaniskan pertemuan...


to my beloved UPTA..
''berkawan dan hampirlah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mreka. sentiasalah bersama-sama dengan mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. kemungkinan besar apabila allah s.w.t menurunkan kebaikan kpd mereka,
kamu turut merasai nikmat itu''


-----terasing dlm sepi-----
rapatkan ukhuwah,
    mantapkan tarbiyah,teruskan jihad...




Friday, May 15, 2009

TeRImA KASIH gUrU..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


guruku..
kau penyuluh hidupku,
menerangi alam ini,
kau ku anggapkan sebgai ibu bapaku..


guruku...
kau pnyuluh hidupku
menerangi alam ini,
kau ku anggpkan sebagai ibu bapaku...


wahai guruku,
kau ibarat sebatang lilin,
menerangi alam kegelapan,
kau sanggup membakar dirimu wahai guruku,,
kau insan yang mulia mendidik dan membimbing daku.
kau insan yang ku sanjungi..


guruku,
kau penyuluh hidupku..
menerangi alam ini,
kau ku anggapkan sebagai ibu bpaku..


wahai guruku kau ibarat sebatang lilin,
menerangi alam kegelapan, 
kau sanggup membakar dirimu wahai guruku
kau insan yang mulia mendidik n membimbing daku,,
kau lah insan yang ku sanjungi..


guruku
segala baktimu..
akan ku balas ku degan kejayaan ku
akan ku buktikan kpdmu
wahai guruku


Thursday, May 14, 2009

rIwAyAt bIdAdaRi sYuRGa..mEnAmbAt hAti PadA yAnG Esa.


Haruman "Riwayat Bidadari Syurga" menebarkan aroma segar yang membangkitkan rasa insaf dan kagum pada keagungan KUDRAT MAHA PNCIPTA. Subhanallah. Dalam kelembutan hati, ada tegas yang tak bisa digugah. Dalam kehalusan jemari , trgenggam utuh janji abdi pada yang Esa. Dalam Malu, suara tegar mereka mampu menggegar dunia. Siapakah yang dapat menandingi kehebatan mereka pada akhirnya yang menjadi Bidadari Syurga? Sungguh, tanpa diminta, riwayat mereka melintasi ruang zaman dengan megah. Menyampaikan mesej, harum mawar bukan sekadar untuk dicium, indah kelopaknya bukan sekadar untuk dikagumi tetapi durinya mampu mencarik hati yang musyrik, memberi iktibar tanpa rasa gentar.

aduahai para Bidadari Syurga...
Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian membuatkan kami tertanya tanya.Mampukah kami menjadi seperti kalian? Layakkah kami berdiri disisi kalian? sedangkan sejarah kami tak setanding riwayat kalian. Pengorbanan kami tak tersaing perjuangan kalian dan kehambaan kami tak sehebat pengabdian kalian....