Sunday, August 30, 2009

rAmAdhAn yAng KunAnti..

salam ramadhan.....

Tirai Ramadhan kian hari kian melabuh pergi...dengan harapan ramadhan kali ini penuh makna...jgn dibiarkan ramadhan berlalu begitu tanpa dipenuhi harinya dengan amal ibadah padanya...moga ramadhan kali ini ,dpt kita lalui dgn leih sempurna...yaallah semoga diberikan kekuatan dan diterima segala amalan...ameen..

selangkah demi selangkah,setahun ramadhan akn berlalu..kita lalui dgn harapan dgn rahmatnya, 

semoga mndapat keampunan, dan kerahmatan darinya... 

Saturday, August 15, 2009

aNtArA kItA...



terkenang dan terfikir seketika...mengingatkan perbualan bersama teman seperjuangan  baru2 ni,disaat dirinya sedang kebuntuan melayan emosinya yang bergelumang tension dgn sikap min.
herm..ada masanya drini rasa kelakar bila mendengar orng bualkan tension dgn min...ntahla,,,x tau knp...hakikat nya apa leh aku jawab....sabar la...min mmg cam tu...positif je la dgn dorang..huhuuh,,tp kadang2 tension gak..heehe...(x baik lah tension2,buat kjer jgn tension2)hehehe.
Tapinyakan kita bukan x tahu dan bukan tak faham,antara kita mempunyai fitrah masing2, jd jgn terlalu emosi meniti hari bergerak kerja bersama mereka..antara kita punyai kelebihan dan kelemahan,dan juga saling diperlukan dalam gerak kerja kita khususnya.. bawak2 besabar ye...anggap je perbalahan tu sebagai pecambahan idea untuk kita jugak...x gitu,
disaat mengenagkan keadaan tu terjumpa lah satu tulisan menceritakan tentang perbezaan min n mat...jom baca tengok,btul x penulisan ni...
 tapi.......mcm2 la bntuk perbezaan nya kat sini, tngok ye,sbgai ILMU juga....

1- lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2
lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini..

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

Wanita

1- wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki
.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, s
eorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita .... kan 
WALLAHUA'LAM
 
haaaaa...kan tengok,banyak kelibihan tersendiri dlm penciptaan samada MIN 0r Mat kan...
ok lah..ksipulannya,,sokmo lah positif thinking dgn apa yng brlaku...

Friday, August 14, 2009





Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata... sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tapi, sedarilah kita... mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah... biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara... bersyukurlah dengan kehadirannya. . .. kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI SAHABAT SAYA>><>>>



Thursday, August 13, 2009

HikMAh JARI....

                
Setiap manusia mempunyai 5 jari...Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.
Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.

seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlah
daripada rebungnya'
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis.
Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
Bersediakah anda??

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu.
Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak `hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati,
dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk.
Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya
dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, `cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata `good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah…..begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam………

Sunday, August 9, 2009

wOw...IntEraKsI yNg mErEhATkAn..

knp interaksi yang merehatkan???? sebab interaksi hari ni saaaangat letih, tp sonok bangat bersama adik2 dan teman2... selepas interaksi tu terus solat zohor dan dpt berehat sepenuhnya(tpi x tidor pon,ntahla x leh nak tidor,bdan pnat sngat kot) sampai mlm hanya dibilik..x kuar kmana2... kata roomate: (pelek pulak awak ada kat bilik) hehehe...hairan roomate dibuatnye..
Pogram pagi tadi bermula jam 7.30 pg di Tasek Kejut. Dan berakhir jam 12.45 tgh, selesai sepenuhnya termasuk menghantar adik2 jam 1.50 gak la... mengangkut la kami adik2 peserta ke kolej masing2 naik transpot SDN.BHD yang ada kat situ termasuk CCC2832 berulang ke 4 buah kolej pada jam 1.30 tgh...wow sangat terik matahari nyer...boleh tahan la panasnyer, meresap dlm kpala ni bahangnyer,huhu,(baru panas di dunia)eheh..

Setelah selesai mnghantar semua peserta,mengangkut pulak barang ke Bilik pendidik...ahhaaaaa...yang bes nyer,lpas angkat barang tu,saya x trus balik kolej bersama tman2 lain,,tp singgah kat surau,wlupun sorang sorang..hehe,singah solat je kat situ,disamping amik ekon untuk menikmati kenikmatan ekon disaat bersendirian dlm ruangan surau tersebut..."eeh,terjiwang pulak.."
lepas solat baru balik kolej,,bukan knp x solat kat kolej jer,takot kalo dah smpai bilik,badan penat pulak nanti lengah pulak solat nyer...baik solat siap2,nnti smpai bilik boleh terus rest..mmg rest betul la,coz buku pon tak sentuh dah mlm nyer..heheh
tapi takpe jer..COZ,rasa kepenatan tu berbaloi dengan kerjasama adik2 meraikan program kami...adik adik pun sporting jer,,seronok nampak diorang...semoga objektif interaksi berhasil wlu x banyak,sikit pon jadi :)..

Disamping bersama adik2 dan teman2,saya ditemani juga dengan "anak2 menakan palsu" hehe..anak lecturer PPU sebenarnyer...kami rapat dari tahun satu lg coz die felo di KIZ n lecturer TITAS sy(kebetulan)... herm..anak sulong n keduanya tu,dulu saya lah babysitter separuh masa nya jika diperlukan,,dulu wife nyer kijer lecturer part time kat USIm,so bila class clash dgn suaminyer saya la mnjadi pengasuh setianyer..sebab tu lah anak2 tu mesra dgn saya....tpi sekarang  wife die dah fulltime kat usim,n die pon dah x jd felo di KIZ so,skrang dah berpindah ke seksyen4,,so jarang2 la gi umah die...2 bradik tu dah pandai pon...."BZ sngat la konon nyer" hehhe...
Rindu sngat pada anak2 tu,nak nak pd si baby kecil tu(nusair eunos)..comel n qiut tol..herm best kan ank2 kecil ni...anak kecil ni x smpat tinggal di kiz coz waktu pregnant dah berpindag k Rumah baru...ape pun UKHUwah kami masih kuat..sbrang masalah yng boleh kami tolong mnolng kami akn cuber tolong lah...sokmonyer kalo husband nyer nak k outstation saya diundang utk k sana mnemani isteri dan ank2 nyer...PON BOLLeH,,,suke je..heheh..

erm...mata baru rasa mengantuk ni..dri blik td x tidor2 lg nih...rasa cam nak berakhir dah typing niiii....beredar dulu lah yer...nnti follow post seterusnya pulak yer,,,"kisah antara aku dan die"...siape die?????????herm,roomate saya la...nak crita tentng sembang petang td antara kami berdua yang sangat melucukan...hehhe...
wait n c...