Saturday, October 31, 2009

selamat ulang tahun....

ain boring..............jom pi joging????? "erm hujan lah,mana ada orng joging ujan ujan ni"..herm...ain nak pi sudy kat bilik ain lah bolleh????,,,"la knp?nak wat per? " herm...ain nak pi lpak2 kat bilik ain lah,,ain demam kan,nnti saya belikan ubat yer??? "ok la..."

huh, puas cari planing nak dpt keizinan g bilik die utk celebrate birthday die..susah btul nak bg yer..akhirnya berjaya juga membodeknye..heeh..utk ain juge...

bergegas la saya n ufa g amik cake yng ditempah smlm...smpai jer..alamk????kdai dah tutup..camner ni!!!  bang kedai sebelah x bukak  arini???" dah bukak dik,tpi die tutup awal harini" adoyai camnerni... nasibla die ada tinggalkan phone no..."ok maaf dik,tuggu akak otw ke kedai ni,tnggu ye" baik kak...

assalamualaikum..ain ain!!!cepat ain bukak pintu ain....

epy bDay to you...aaaaaaaaaiiiiiiieeeeeennnnnnn....

terkezut ain dibuatnye,,,yang demam terus sihat...heheheh...tapi cake potong jer...bukan ape,coz tau nnt x hbs..yang ni conferm x habis...at least skali mkn boleh rasa 3 jenis rasa kan..heheheh..ksudahnnya mg x hbis pon..kuang kuang..

lebih mnarik "baru ingat nak blanja korang KFC!!!!" aper?????(saya n upa) PON BOLLEH..kalo orng nak blanjer biler biler pon bolleh..heheheh...

after magrib stanby nak gerak...tetibe..."alamak!!!ujan..."hua hua hua..x pa x pa...wait wait ok...  after isyak ja...copek2 bersiap saya n upa utk k sana..biar pon tauke yng nak belanja x bersiap lg...yang pasti.kesungguhan tu penting..hehehehe...

selamat hari lahir ain...terima kasih ain...hurm bessst...cheezy wedgest...yummy....kegemaran ku...dlu n kini...:)

nnti blanja lagi ek...hehehh... okep ...JJJJOOOOMMM blik study lak.:)

Percaya lah..ukhuwah yang  pernah dibina atas dasar persahabatn yang ikhlas, i.allah x kan terputus walau setelah pelbagai onak n duri yang lalui bersama..

manis nya persahabatn itu jika dinilai dari aspek yang indah...sgala nostalgia yng negetif  antra kita bertiga anggaplah tak pernah sehingga ke harini..

.."dgn keikhlasan seharusnya bersama kita rela diri utk brkorban demi persahabatn"..

salam ukhuwahfillah dari kami.."senah n upa"

Thursday, October 29, 2009

kenikmatanNYA terasa di Tasik kejut..

harini 2nd paper siap exam..alhamdulillah selesai dua paper ni rasa lega sikit dah, tapi after brake 3 hari ni, datang balik la demam exam tu..huhu..itulah lumrah dalam menuntut ilmu...pengaplikasian ilmu tu penting dalam hidup ni ,baru tak terasa keboringan dalm menuntut ilmu ni..ye dak..:)

Apa yang nikmat sangat ni???hurm...sedap sangat Makan Burger Za'ba...abang BOB upa yang wat..."jgn la abang burger ni berenti wat burger selagi sy ada di ukm ni,,nnti saya da kuar kalo dia nak berenti baru boleh"  punyelah ketagihnya kawan saya dgn burger za'ba ni...huhu...tapi memang x nafikan la,,burger die memang sedap,kenikmatan sgala benda yang ada dalam burger tu memang terasa...

Orang kata kalo orng berbadan besar ni sumernye nak lebih...so mungkin sebab tu burger die ni sedap kot, coz die bubuh sumer bahan lebih masa dia masak..,,aperpun yang penting dalam masakan ni adalah msakan dengan penuh keikhlasan.walaupun gambarnye x seindah Burger McDonalds tapi rasanya jauh lagi sedap tau!!..jom pi try...lepas paper ptg tadi g za'ba coz nak servey cake je sbenarnya, tibe tringat kat burger DIE,hurm terpaksa la beli, kene isi perut, coz bila dah teringin baik beli,nnti kempunan...kih kih kih...nak tambah KENIKmataN masa makan tu, gi pulak makan kat tasik kejut..betul2 duk tepi tasik DEngan GEWE saya..ULFA la...LAgi lah terasa dengan angin sepoi2 meniup bahasa,tasik bederu ditisip angin...hhehe,,bermadah pulak..

herm...seronok makan tadi, tak tngok dah orng keliling,yang pasti dok mngadap tasik n camera jah...hehe"orang datang Tasik kejut buang lemak,,tapi kami???tambah lemak" hua hua hua... ape pon..kenangan manis tentang saya and ufa memang banyak...nak nak tentang  MAKAN...sedeh, happy,kelakar, malu, tragis sumer ada,,,rahsianya hanya aku dan dia je tau...hehe,,kan upa kan..KOPITIAM!!!!hehehhe,,kenangan paling kelakar serta sadis...kuang kuang kuang...

"kawan jgn biarkan dirimu,seperti rama2 yang cantik akhirnya mnjadi perhiasan dinding,jadilah seperti  simatahari yang membakar diri demi insan sejagat, jadilah seperti bulan punama yang menerangi malam ,mnunjukkan jalan demi ummat semester.."

persahabatn yang suci x kan dpat dipisahkan walau hanya anasir menganggu terundang, selagi kejujuran dan keihlasan tersulam dalam erti persahabatn"

"sahabat yang baik akan menegur kesilapan kita,tidak hanya dengan sentiasa membenarkan apa yang kita kata.."

Ape pon...slamat mencuber burger Za'ba ye... !!!!!!!!!                  -has88-

Monday, October 26, 2009

tipsssssssssssss...


HARI PEPERIKSAAN
• Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
• Datang awal ke dewan peperiksaan
• Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
• Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
• Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda

SEMASA PEPERIKSAAN
• Baca arahan dengan teliti. 
• Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
• Baca setiap soalan dengan teliti. 
• Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
• Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada;
    - masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan
    - bilangan soalan yang perlu dijawab
    - markah yang diperuntukan bagi setiap soalan dan pecahan bagi setiap soalan
• Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi            kehendak soalan
• Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen                    berdawat terang (hitam)
• Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
• Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
• Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
• Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
• Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

SELEPAS PEPERIKSAAN
• Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu                  peperiksaan.
• Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
• Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
• Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.

  .gOOd Luck for ALL...kejayaan akan diberi SETIMPAL usaha kita

                                                                        من جد وجد                

                              

Friday, October 23, 2009

TANGGUNGJAWAB????


jAnGaN bErmAin DengAn tAngGuNgjawAb - - - - -

Mengenang kembali peristiwa di Arafah, pada tanggal 9 Dzulhijjah tahun 10 Hijrah iaitu sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, salah satu wasiat baginda yang disampaikan melalui khutbah Wida' kepada sekalian umat Islam, iaitu agar kita

mengawasi dan memelihara kaum wanita sebagai satu amanah. Tugas dan tanggungjawab ini, ditujukan khusus kepada kaum lelaki yang berperanan sebagai suami, bapa, abang atau adik dan umumnya sebagai khalifah Allah di muka bumi
ini. Ini dijelaskan sebagaimana petikan sabda baginda s.a.w yang bermaksud:

"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah." (R. Muslim)

Asas kejadian kaum lelaki, dikurniakan oleh Allah dengan kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran yang matang dan beberapa kelebihan lain. Sebaliknya kaum wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, pemalu dan tidak agresif. Dari mereka lebih banyak dipengaruhi emosi dan sebagainya. Maka sewajarnya kaum lelaki diberi tugas dan tanggungjawab memikul amanah
menjadi ketua atau pemimpin yang mengawal serta memberi perlindungan kepada kaum wanita.

Firman Allah:

Yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. (Surah an-Nisa'": 34)

Sebagai ketua dalam negara, pemimpin dalam masyarakat, suami kepada isteri, bapa kepada anak-anak atau sebagainya, kaum lelaki seharusnya memahami hak-hak serta tuntutan kaum wanita dan sepatutnya menjadi kewajipan bagi kaum lelaki memperjuang serta membela nasib kaum wanita apabila mereka teraniaya.
Sirah Rasulullah s.a.w telah membuktikan bahawa baginda merupakan pembela kaum wanita yang terulung. Baginda bukan sahaja membawa risalah Islam yang sempurna, bahkan baginda telah berjaya membebaskan kaum wanita dari
cengkaman adat jahiliyah serta meletakkan kedudukan mereka ke suatu taraf yang begitu mulia.

Walaupun Islam telah mengangkat serta mengiktiraf kedudukan wanita, namun masih terdapat sesetengah pihak yang memandang remeh akan hal ini dan menjadikan kaum wanita mangsa diskriminasi. Pandangan kaum wanita
yang menyentuh kepentingan diri mereka sendiri kadang kala tidak begitu diambil perhatian. Ini menyebabkan hak atau kepentingan mereka terhakis. setiap keputusan, dasar, peraturan atau undang-undang yang hendak diperkenalkan lebih
diasaskan kepada fahaman dan kacamata lelaki tanpa memikirkan implikasi yang bakal menimpa kaum wanita. Jika keadaan ini yang berlaku, maka
sudah tentu kaum wanita terus teraniaya dan mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Samada kita sedari ataupun tidak, sejak dahulu lagi terdapat segelintir manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum Hawa dengan mengeksploitasi rupa paras mereka untuk hiburan yang melalaikan dan melayan hawa nafsu semata-mata. Di samping itu juga, ada segelintir wanita yang merelakan diri mereka dieksploitasi dan menjadi bahan iklan yang mengaibkan. Keadaan ini pula akan membuka peluang lelaki-lelaki yang buas, mencemar serta
meragut kehormatan seorang wanita.


Saban hari kita mendengar berita penganiayaan dan keganasan terhadap kaum wanita. Dan jika kita perhatikan juga, penganiayaan terhadap kaum wanita ini berlaku di mana-mana. Banyak kes-kes jenayah kekeluargaan yang berlaku seperti penderaan, perceraian, pengabaian nafkah dan sebagainya. Bahkan lebih menakutkan lagi, mutakhir ini, begitu banyak kes sumbang mahram yang dilaporkan yang mana kesemua mangsa sudah tentu adalah terdiri daripada wanita. Keadaan ini terjadi adalah disebabkan kaum lelaki tidak tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Hati mereka jauh daripada mengingati Allah dan tiada
kesedaran dalam memikul amanah. Jenis manusia inilah yang menjadi perosak kepada kaum wanita dan masyarakat seluruhnya.

Punca permasalahan ini berlaku adalah disebabkan oleh penganiayaan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan. Kewajipan seorang lelaki, selain memelihara dan melindungi hak-hak kaum wanita, ia juga berkewajipan membimbing kaum wanita yang lebih banyak dipengaruhi oleh emosi dan tekanan perasaan.
Sebuah hadis yang menjelaskan tentang kewajipan membimbing kaum wanita:

Maksudnya: "Sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras (hendak meluruskannya),
ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok." (R. Muslim)

Dalam mendidik wanita, kita tidak boleh mendidik mereka dengan cara yang terlalu keras, kerana ia tidak sesuai dengan fitrah semulajadinya yang lemah lembut, kerana ini tidak akan memberi apa-apa kesan pendidikan. sebaik-baiknya, mereka ini dididik dengan cara yang hikmah, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Pendidikan dengan cara yang penuh hikmah, akan berjaya
membentuk wanita-wanita yang solehah. Kita yakin bahawa wanita yang terdidik dengan ilmu di atas landasan iman dan taqwa, mereka ini akan sentiasa menjaga serta menghargai kehormatan dan hak mereka selaras dengan tuntutan Allah dan
Rasul-Nya. Kegagalan kita mendidik kaum wanita adalah punca sebenar mereka melakukan tindakan yang salah.

Kaum lelaki yang fitrah kejadiannya sebagai ketua atau pemimpin, seharusnya berperanan mendominasikan pembentukan peribadi wanita yang mulia dan terpuji, sentiasa memberi dorongan melakukan tindakan yang betul dan dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Justeru tanggungjawab berat yang
diamanahkan ini, kaum lelaki perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu
pengetahuan yang secukupkan untuk menjadi contoh teladan kepada kaum wanita yang di bawah tanggungannya. Islam sekali-kali melarang keras kaum lelaki daripada menyalahgunakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini.

Bagi memenuhi tugas yang dipertanggungjawabkan, iaitu memelihara wanita
sebagai amanah, samada isteri kita, anak-anak, adik-beradik, ibu atau wanita yang di bawah jagaan kita, marilah sam-sama kita menjadi pelindung dan
pemelihara kaum wanita. Dan kita yakin bahawa hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang mampu memikul amanah ini. Iman yang sempurna akan mendorong kita melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Oleh itu
seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawabnya dalam memelihara hak, bererti tidak sempurna iman mereka.


Begitupun Islam menggariskan bahawa golongan wanita itu dipimpin oleh kaum lelaki, ini tidak bermaksud merendahkan status atau harga diri seorang wanita, bahkan sebenarnya ini adalah menepati 'Sunnatullah' yang kuat menjadi pelindung, dan yang lemah dilindungi. Ukuran yang menentukan tingginya martabat seseorang itu di sisi Allah ialah ukuran amal dan taqwanya sebagaimana dijelaskan firman Allah:

Maksudnya: Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam PengetahuanNya.
(Surah al-Hujarat: 13)"Ms

Wednesday, October 21, 2009

wajarkah keputusan ku ini...


ya allah...aku hambamu yang sangat lemah bila diuji melibatkan hati dan perasaan terutama bila melibatkan ahli family aku sendiri...ya allah...aku sangat syang kan mereka...ya allah,,benar ke keputusan yang aku buat ni...apa sepatutnya yang patut aku lakukan...adakah ada diantara mereka yang berkecil hati,,ya allah berdosa kah aku...

ya allah..beri kan aku kekuatan,pulihkan kembali semangat ku...tunjukkan aku kebenaran demi kebanaran ya allah...aku sayangi mereka semua tetapi situasi aku sangat tidak mengizinkan...aku benar2 tidak bersedia untk tempuhinya..aku perlukan masa dan waktu untuk aku fokus sendirian...namun, knp mereka tidak memahami situasi ku ni...

mungkin setelah kau dtg kan ia dlm diriku demi kebahagiaan utk aku rasai sementara, dan kini ,kau dtg kan sdikit ujian ini untuk iman aku pula di uji...tapi ya allah..aku benar2 x kuat...semangat aku terus hilang ya allah..  yaallah...

ya allah..ampun kan dosa ku andai ada yang terluka, dan terguris hati...biar kan aku menangis krna kesedihan tanggapan mereka,,tp jgn biarkan mereka menangis kerana rasa bersalah pada tangisan ku...hati aku terlalu halus untuk di uji dgn ujian sebegini, namun aku harus bertahan selagi aku digelar mukmin sejati...tapi aku masih perlukan kekuatan dari kuasa mu ya allah...

ya rabbul izzati...apakah makna semua itu ya allah...aku redha tapi aku sangsi dengan kebenaran yang kau cuba tunjukkan...andai itu kputusan yang terbaik utk ku ya allah,,,jauhkan keraguaan dlm diriku, dan aku bersyukur ya allah...namun pertolongan mu masih aku harapkan,,permudahkan segala urusan kami hambamu ya allah...sesunguhnya kau lebih mengetahui di masa hdapan hari kami kelak.....                                  

                                                                              -terasing dlm sepi88-

Saturday, October 17, 2009

fItrAh KeAjAiban cIpTaAnNya..

1. Bila Sorang Wanita Mengatakan Dia Sedang Bersedih, Tetapi Dia Tidak Menitiskan Airmata, Itu Bermakna Dia Sedang Menangis Di Dalam Hatinya.

2. Bila Dia Tidak Menghiraukan Kami(perempuan @ lelaki) Selepas Kamu Menyakiti Hatinya,Lebih Baik Kamu Beri Dia Masa Untuk Menenangkan Hatinya Semula Sebelum KamuMenegur Dengan Ucapan Maaf.

3. Wanita Memang Sukakan Pujian Tetapi Selalunya Tidak Tau Macam Mana NakMenerima Pujian.


4. LELAKI,Jika Kamu Tidak Suka Dengan Gadis Yang Sukakan Kamu Separuh Mati, Tolak
keikhlasannya Dengan Lembut,Jangan Berkasar Sebab Ada Satu Semangat Dalam Diri
Wanita Yang Kamu Tak Akan Tahu Bila Dia Dah Buat Keputusan, Dia AkanLakukan Apa Saja mungkin..

5. Wanita Suka Meluahkan Apa Yang Mereka Rasa.MELALUI Muzik,Puisi,Lukisan DanTulisan Adalah Cara Termudah Mereka Meluahkan Isi Hati Mereka.

6. Jika Sorang Wanita Memberi Seribu Satu Alasan Setiap Kali diAjakKeluar,Tinggalkan Dia Sebab itu Tandanya Dia Memang Tak Berminat Denganmu.

7. Jangan Sesekali Mengagak Apa Yang Dirasakannya.kalo nak tau Tanya Dia Sendiri!!

8. Teman Baiknya Saja Yang Tahu Apa Yang Sedang Dia Rasa Dan Lalui.

9. Senjata Wanita Adalah Airmata!!

10. Mudah Mengambil Hati Wanita Kerana Apa Yang Dia MahuHanyalah Perasaan Dicintai Dan Disayangi Sepenuh Jiwa.
                                        -has88-

Thursday, October 15, 2009

TIPs SEBELUM PEPERIKSAAN

• Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus

• Ulangkaji nota secara konsisten secara individu

• Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah

• Semak soalan-soalan yang lepas bagi memastikan;
          - format soalan (objektif & esei)
          - masa yang ditetapkan
          - bilangan soalan yang harus dijawab
          - markah yang diberikan pada setiap soalan

• Jumpa dan berbincang dengan pensyarah bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti

• Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten

• Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik

• Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat

• Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas

TIPS UNUK SMASA DAN SELEPAS???nantikan akn datang....

selamat mentelaah matapelajaran semua...good luck

Friday, October 2, 2009

sElamAt hAri RAye....

seminggu sudah berlalu suasana beraya dirumah...sepanjang cuti2 raya ni banyak kisah hidup dilalui..eppy sedeh sumer ade...erm..raya kalini lah paling meriah rumah coz dngn kepulangan adik bradik bersama ank2 yang sedang membesar skrang..huh...keriangan anak2 kat rumah tu ada tikanya buat aku takut nak naik umah atas...terlalu riuh...biasalah anak2 tengan membesar...tak terambil pulak gambar ank2 tu...almaklum lah takot nak naik umah atas..ponin dibuatnyer...baru anak sedara x anak sendiri lagi owk!!! ANak2 tu seramai 17 org..adoyai..tahun lpas 5 org kakak beranak kecik so thun ni first la raya dgn baby2 tu...

apepon hepy snt coz suasana rumah sngat riuh, hinggakan org nak dtg raya pon takot coz ramai sngat org kat umah...wlupun sedemikian kuih raya licin jugak...knp ye???!!!

seperti kebiasaan pagi raya after solat raya kami sekeluarga bersalam salaman sebelum perarakan beraya bermula...adoi,mak segan2 pulak nak kuar duk atas kusi,,,puas jugak la memujuk...

bersalam slamn la antara cucunye dngn  tok ayah n mok nyer...after tu baru la kami ank branak  n menantu... lpas pada bersalaman tu berlari la kami yng pompuan ni nak setle kan kerje kat dapor sebelum perarakan raya org2 blok smpai ,kalo x kelam kabut nnti

.Pagi raya kali ini wat nasi kerabu n tngahri nyer wat bihun sup n mlmnyer pulak keaw teow basah...sumer mnantu2 punyer resepi.mkn ajer..hoho

paling mnyeronokkan, dikesempatan sumer berkumpul balik kali ni,sempat abgku sewa sekelengkapn permainan utk 2 malam..tau main aper???? main PINGPONG...best snagt..heheh..aku2 pon join la main, itu pon diberi peluang masa first hour meja pingpong smpai jer..after tu,dorang dah start,,herm dok ingat doh pada kami yang pompuan ni....yang dorang tau,,,oder air sejuk jah...hua hua hua,,,main smpai 2 3 pg lak tu kat tepi umah...huhu,syng x amik gambar dorang,,,mcm2 gaya ada,,,sumer bajet juara belake...hua hua hua...

herm...rindu pulak...bile la pulak nak kumpul ramai2 camtu,,,bersama 5 abg 4 kak ipar,satu kak n satu abg ipar...hermmm,doarang sibuk kater,,raya tahun dpn ntah2 bertambah ahli kuarga kiter asorang agi gaknyer...herm,aper maksud tu????lain mcm tu..huhu

tp...dlm kegembiaraan menyambut aidilfitri tu,ada jugakesedihan...2 kali kami berlari ke hospital kecemasan...

petama,mlm raya ke2..anak sedara umor 1thn 4bln jatuh tngga umah dri tingkat 5 ke tingkat 3 bru aku smpat smbut...mcm maner bleh jatuh ntah la,,,budak2 tngah mmbesar katakan...yang mmbolehkan bawa ke KECEMASAN tu coz after die jatuh tu,mlm tu juga 5 kali munah x berhenti,,kita ni riso gak la,,budak2 kan,sakit x pandai g tau...hurm...kesian kat die,,alhmdulilah lps semalaman dok kat kecemasan sampai 5 pg 2x wat xray n scan dlm kpalanya takot something blaku, alhmdulillah x de pepe kesan negetif..tp esokhyer mood die dah berubah n badan panas muntah2 ada lg...riso gak kn,so kami bawak la giumah mokcik ngurut ni,,,cek punyer cek, mokcik ckp rupenyer urat tengkok die bengkak coz masa die jatuh masa aku sambut kepala tu urat tengkok lari then bengkak la,so tu yng mnyebabkan die muntah muntah tu...herm mcm2 proses pembesaran anak2 ni kan...mcm maner plakla nsib aku nka bsarkan ank nnti ek!!heheh

Keesokan harinya pulak sekali lg ke KECEMASAN,ayah pulak kisahnya...tulang betisn ayah terhiris kaca cwan yng t'sngat lah tebal nya mmbuatkn drah x hnti....bdasarkan cerita ayah,masa tu ayah  nak tarik pisau dari kabinet then tertarik cawan skali so bederai la pcah n serpihan kaca tapak  cawan tersebut melantun ke arah betis ayah mybbkn darah dterus memancut kuar dgn laju...mulanya kak n kak ipar buh ubat n balut sendiri jer,ingat ok la...tp after 2 jam laps tu,drah menitis semula wlupun dah 2 tuala berbalut dikaki ayah...skali lg bkejar la abg2 yng dok main pingpong td bawak ayah keklinik KECEMASAN  n doktor tu jlnkan tgas die dgn  mnjahit  kaki ayah...kesian kat ayh..sampai aku blik ukm x tngok pon luka katkaki ayah tu coz die berbalut n hanya boleh dibuka after semnggu..hurm...

mcm2 kisah yer...dan raya ketiga nya,kisah aku pulok dok...dEMAM hua hua hua...demam raya agknyer...ponat melayan anak2...besela aku jika diberi pilihan nak jaga nak k atau nak dok dapor conferm jwapan aku nak jaga BABY...sebb aper???bukan malas TP syng n minat nyer pada budak2 ni mengatasi segalanya KECUALi satu!!! chezy wedges aku sngat syang wlupun utk bkongsi dngn budak2 ni skali pon...hua hua hua,moksu moksu...hurm..

setakat ni lah dulu yer...

HERM>>>aper pon raya yng sangat memeriahkan...ngantuk dah la,,,ikotkan bnyak lgi nak citer,tapi sikit2 je lah yer,,,ni pon dah bnyak yer..heheh...ok sumer...slm aidifitri buat keluarga n teman tercinta...