Wednesday, November 11, 2009

kalau itu takdirnya..

segala galanya berlaku selepas pulang dari bermain bOLLing dengan kawan kawan tngahari tadi...mungkin sebab terlalu gembira tadi,diuji pula dengan kesedihan setelah pulang ke kolej..kepenatan keseluruhan badan membuatkan saya terasa lemah utk meneruskan projek mengemas barang .. terdetik seketika.."alamak baju basuh pg tadi tak smpat jemur semua lagi" bergegas saya ke ampaian selagi cuaca masih panas.... tibanya saya di ampaian "tergamam seketika sambil mencari kemana ia menghilang??? sebelum saya meneruskan menjemur pakaian.. saya terus meneliti kemana perginya???......hati mula sebak,air mata mula bertakung(sensitif betul)....hilang???sape amik???(bercelaru memikir) tekerling saya di suatu sudut..."astagfirullah,,knp macam ni jadinye...sape buat??"lalu saya capai dan bergegas berlari ke bilik...NNNNNOooooooooRRrrrrAaaaa... knp jadi cam ni,,tngok la ni TUDUNG SAYA!!! air mata mula mengalir tanpa rasa malu..diselangi dengan sedu sedan kecewa sambil pegang tudung yang berlubang2 dan dipenuhi dengan minyak hitam waktu tu.."ini tudung kesayangan saya nora...tudung yng paling selesa pakai...knp cam ni...".. lagi menyedihkan, bila rooomate boleh mentertawakan saya walaupun jauh simpati disudut hatinya.......erm,,,saya tahu die ktawa sbb tngok gelagat saya waktu tu,,,gelagat mcm orang hilang akal katanyer...huhu..tapi apa kan daya, saya memang x mmpu mnahan emosi ksedihan waktu tu.." huhu,,tudung ni baru lagi beli,,nak pakai raya nnti..." "huhu,,nora jahat,,,gelakkan saya..".. 2 orng jiran(fifi & anis) mula mnghmpiri dan menanyakan apa yng terjadi...fifi dan anis pon turut hampir mentertawakan saya setelah melihat gelagat saya ketik tu menangis sambil meratap tudung yang seumpama kain lap lantai ketika itu...perasaan geli hati mereka terhadap gelagat saya menangkis rasa simpati mereka diatas apa yang jadi(kata nora dan fifi).

5 minit kemudian.."makcik!!  sini jap..." panggl roomate.. "makcik tnok ni...knp boleh jadi mcam ni? siapa yang buat ni?knp pulak sumbat tudung ni dalam baldi simpan barang2 tugasan makci? "bertubi soalan kepada  2 makcik cleaner yang kebetulan lalu di hadapan bilik waktu tu.."owh,tudung adik ya..maaf ya dik,akak x tau, kerna yang mesin rumput ni cleaner kawasan..akak cuma cleaner blok..maaf ya dik, sabar ya,nnti ptg dalm jam tiga adik jmpa akak yang mesin tu kat belakang..mereka sering duduk melepak di belakang sana...akak x tau gimana berlakunya dik".. "tapi kak knp macam ni sekali,,kalo ckit2 boleh lagi saya baiki,,tapi cam ni teruknyer,cammaner kak???" saya waktu tu x mampu menahan air mata yang terus jatuh tanpa henti...begitu aku sayang kan tudung ni... terduduk seketika aku di hadapan pintu bersama teman2 yang ada sambil ter senyum sayu ke arah ku..."nak jugak tudung ni,nak jugak,,nak balik!nak beli! nak jahit! mana sempat! baru balik kajang! x kan nak g agi! huhuhu..... "x pa ya dik, akak pegi dulu"... "baik(hanya itu yang mampu aku jawab)..

5minit seterusnya..."Upa hang penat lagi tak??? Upa jom la gi kajang smula...nak beli tudung...huhuhu..tudung sayaaaaa Paaaa....Tudung Pink sayaaaa" setelah aku mnceritakan apa yng terjadi tanpa berfikir panjang,upa sanggup meneman kan aku ke kajang ketika itu juga..(hurm.. ksian upa,aku susahkan die...nak wat cam ner, nak g sorang2 x brani, tapi kalo terpakse Redah jugak lah,sorang sorang pon)..dalam keadaan diri yang sedeh dan sayu  aku meletakkan taliphone...TIBA TIBA!. "dik, dik punyer tudung ka? akak minta maaf ya, akak minta maaf,akak benar2 tidak sengaja..tudung adik t'masuk dalam mesin angin akak tadi..akak bnar2 tak sengaja dan tak perasan, sampai mesin akak mati...akak minta maaf, kalo adik nak akak ganti, akak ganti ya dik" Tergamam aku ketika itu!!...akak itu duduk didepan pintu bilik , sambil memandang kearah ku yang sedang teresak-esak menangis..aku sendiri tak pasti knp aku begitu sedeh dan x boleh kawal tangisan dengan apa yang berlaku itu..

Tetapi!!! keikhlasan, kejujuran dan kesayuan di anak matanya semasa lafaz maaf diutarakan bersama linangan air mata di kelopak mata nya membuatkan kesedeihan aku terubat walaupun terasa amat sayu waktu tu...aku jadi serba salah dan tergamam..adakah salah aku buat die nangis..kesiannya makcik ni.."makcik.....makcik jgn la nangis,,saya tak marah,mende pon dah  jadi kan,,lgpon mak cik x sengaja,,,saya nangis sebab saya sayangkan tudung saya ni,,makcik jangan nangis la, saya x pe pe..ini mungkin pengajaran,so lpas ni lebih berhati2 masa wat kije" sayu aku menasihati nya..(nora dan anis terus mentertawakan aku lagi melihat perubahan emosi aku serta merta kot..dishhhhh!!!!)..

makcik terus minta maaf sambil bersalam dengan aku..lalu ia menuju ke arah bilik nya...hati ku sungguh tenang selepas itu..aku kagum dengan keberanian dan keikhlasan makcik tu... BENARLAH.."KATA MAAF DENGAN PENUH KEIKHLASAN DARI HATI MAMPU MENGUBAT HATI YANG SEDANG DIRASUK KEMARAHAN"..kejujuran makcik tu sangat membuatkan ketenangan dalam jiwa Aku ...air muka ku berubah TENANG serta merta slepas itu(kata roomate)..HEHE..herm..setelah apa yng terjadi aku terus yakin dan percaya ini hanyalah ujian yang hanya tuhan berikan untuk aku rasai dengan hanya kehilangan sesuatu yang aku sayangi...aku terfikir.."sedang kan ini hanya kehilngan sehelai tudung yang aku sayang dan boleh dicari ganti ..aku sedeeh sedemikian rupa,,,tapi..bagaimana pula dengan ujian selepas ini andainya kehilangan sesuatu yang aku sayang dan ianya tak mampu diganti???.."ya allah..semoga aku sentiasa diberi kekuatan.untuk meneruskan liku liku kehidupan ini.. 

p/s:  

  1. Ujian itu Tarbiyah dari allah utk kita lebih yakin meniti hari hari akan datang..
  2. Sentiasalah berlapang dada dengan apa yang berlaku dan terjadi,,,ykin lah ada hikmah tersembunyi.
  3. Ringan kan mulut melafazkan kata MAAF jika andabenar bersalah...jg susah utk mengaku kesilapan diri..
  4. LAFAZ lah kata MAAF dengan LAHIRNYA dari HATI dengan penuh KEIKHLASAN dan PENYESALAN.. 

Tuesday, November 10, 2009

sOaL hAtI..

Hari ini, saya dikejutkan dengan panggilan dari seorang teman lama  tidak berhubung. Aper yang menhjadi topik bualannya? adalah mengenai dengan panggilan jodohnya yang tidak sampai-sampai. Beliau menyatakan merasakan diri terasa ingin disayangi dan dikasihi...

Saya hanya tersenyum, lalu mnjawab.. Jodoh memang sebuah rahsia hidup bagi siapa saja. Siapa yang bisa menyangka bahwa jodoh kita ternyata  jejaka yang biasa saja. Teman atau tetangga yang dulu sama sekali tidak pernah kita perhatikan. Seakan mereka datang begitu saja. Siapa yang bisa menyangka bahwa jodoh terjadi dengan tumbuhnya cinta yang begitu kilat, atau pandangan pertama yang telah menumbuhkan kekuatan cinta yang begitu kuat. Jodoh yang hanya mempunyai kesan yang sangat sederhana dan begitu cepat terjadinya. Jodoh dan cinta yang terjadi tanpa banyak melakukan reserve atau pertimbangan yang pelik dan rumit. Jodoh yang terjadi karena panggilan nurani dan kebutuhan hati.???????????

Semasa melayari internet, saya terjumpa nasihat yang saya fikir perlu dikongsi bersama dengan semua yang membaca blog saya ini. Coretan tersebut seperti yang tercatit di bawah:-

Renungkanlah sedalam-dalamnya. 

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk  membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, kita pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


Saturday, November 7, 2009

Mars Kepanduan (Mujahid Setia)
Album : 
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karena Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia

AFIFAH,NABILA,HASANAH,MARYAM,MAJITA
                                                                                         07/11/09-pOrd DicKson

Tuesday, November 3, 2009

KEDAMAIAN
Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan

Dunia semakin tua manusia sering bersengketa
kebesaran Alah dilupa keegoaan jadi pegangan
Kemusnahan di depan mata
Tangisan menagih simpati
Bala menimpa untuk diinsafi kerna iman diuji
Apa erti kedamaian klu jiwa penuh kehitaman
Apa erti kedamaian jika perasaan benci bpnjangn
Apa perlu kedamaian jika sukar lemparkan senyuman 
apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikn
Apa perlu kedamaian jika sukar lempar senyuman
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikn   

Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikn
------------SALAM PERJUANAGAN................

Monday, November 2, 2009

jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta,
ia harus memiliki muara ang menjadi labuhan cintanya.
aku tidak melihat seorang pun yang lebih mulia bagi emosi cintaku
selain seorang SAHABAT yang rohNYA bersatu dengan rohKU, 
sehingga dengan sepenuh hati kuberikan Cintaku padanya,
dan ku utamakan dia untuk menerima Persahabatanku ini..
terima kasih kerana menjadi sahabatku....
petikan dari
-Buku Mutiara Kata IMAM HASAN AL-BANNA-