Tuesday, January 19, 2010

Jom Tengok!!! Caiyok..

Apa Yang Dinanti Kian Tiba..


...Bergerak Seiringan Memimpi Perubahan.,

Undian Anda Adalah Rahsia..Jangan Takut Dengan UGUTAN!!!
Kami Tak Gila Kuasa, CUMA Tak Nak Bagi Orag Gila, Kuasa!!
(bce dngan intonasi y btul ye)..

Elak kan Masalah2 hati!!

terasa sangat sayu ketika ni..pelbagai macam ragam bisikan dlm kepala hinggakan aku sendiri x pasti apa yng ku fikirkan sebenarnya...sume orng yang memandang pdku kurasakan pandangan yang membawa makna...aku terasa sangat rendah diri hingga mematahkan semangat aku... Sering juga aku terfikir,"kelebihan seseorang perlu aku jadikan motivasi pada diri aku bukan dengan membndingkan kelemahan pada diri aku yng pastinya akn lebih melenturkan semangat aku sendiri".. Tapi kadang2 apa yang aku rasai aku sediri susah utk atasinya sendiri..kerdil nya aku...

aku sangat bijak dalam menasihati diri orang lain,,lancar aku dlm berkata2 bila melontar nasihat pada teman2 ku, tapi bila aku sendiri disinggahi masalah,,aku sendiri kaku dan hanya mampu pendam dan mngalirkan air mata...kerna ku merasakn "AIR mATA lah satu2Nya senjata yng mampu menewaskan rasa kesedihan dalam diri aku.."

aku sering kata pada sahabt2 dan teman2 ..apepun sahabat2 sekeliling hnya mampu bagi pandangan dan nasihat, tapi yang mmbuat keputusan adalah diri awak sendiri,kerna awak yng lebih mngetahui keadaan diri dan kemampuan awak...aku tahu tentang itu sumer!!! Tapi bila aku sendiri diberi ujian dalm mbuat pemilihan keputusan,,,aku sendiri down dan mula cuba cari sumber dan ia mampu menunjukkan kelemahan pada diri...

TIDAK!!!AKu seharus nya lebih tabah..aku tak boleh berterusan mcm ni...sampai bila??"masalah x kan lari dri manusia,,dan manusia  x kan pernah sempurna tanpa masalah"..masalah yng dilalui pasti ada cara penyelesaian n penyelesaian itu pasti akn dijadikan pengalaman yng ckup bermakna dlm hidup..

Pucuk pangkal apa yang ditentuakn oleh allah ada hikmah tersembnyi walau pahit manis duka diawal episod nye..tpi di ending episode kemanisan dan keharuman baru kita rasai dan diserlahi..

ya allah..semoga kau memberi aku lebih ketabahan selepas ini utk aku terus mnjalankan t/jawan yng diamanhakan dgn senag hati..

Kadang2 Harap Sangat Dirini agar :-

1- sentiasa berhusnuzone dgn sume perkara 2- Bila husnuzon je,,hati pasti x mudah marah 3- Dan bila x marah,snyum pasti sentiasa tersirat di bibir 4- Bila sentiasa senyum, orng sentiasa senang da selesa dengan kita 5- Bila org snang n selesa dgn kita pasti kita rasa Ramai kawan n Teman di sisi...

Segala Galanya hayalah dari hati...

astagfirulahal a'zm!!! (44x)

,,,,rintihan kalbu,,,

2:51am/20/01/10/ Rabu.."terasing dlm sepi"ccc2832..

salam kerinduan

Dari Kami Anak Anakmu
"Jauh Dimata Dekat Dihati"

Selamat Hari Raya UKM

BAHANG PRK

Untuk mu Varsiti tercinta

Monday, January 11, 2010

pemadam VS kapur

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri 
saya ada  kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka
berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka  katalah "Pemadam!"
Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian  mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,tentu sajamurid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk 
mengubahnya..


Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang 
beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang
bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan 
sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin
akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus  disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai 
dan  etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang 
pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang 
lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi 
suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.. "Paham cikgu..."


"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya  mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan  lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh 
Islam  tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan 
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina  dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari  pinggir, sehingga anda tidak sedar."


Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang  kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai  dgn  tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. .." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak  akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan  meletihkan
anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."


"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka."Sesungguhny a dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,Perang Tartar, danlain-lain.Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang 
perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak
terang-terangan,mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar.""Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...