Saturday, April 3, 2010

Adakah Aku Wanita Pemikir?:(


Wanita Muslimah yang memahami dengan jelas tentang hidupnya yang sebenar hanyalah untuk mencari keredhaan Penciptanya dan yakin bahawa Jannah (syurga) atau Jahanam (neraka) merupakan balasan diakhirat, adalah seorang wanita yang berfikir. Dia adalah seorang yang tidak akan terpedaya dengan mitos kecantikan atau berusaha sedaya upaya untuk menerima imej dangkal yang dipropagandakan oleh Negara Kapitalis Barat. Dia tidak akan terpengaruh dengan dakyah dangkal yang membincangkan tentang kecantikan, rambut atau fesyen yang betul, atau membuang masa dan tenaga cuba untuk mencapai harapan yang tidak realistik sepertimana yang didefinasikan oleh masyarakat Barat sebagai “wanita yang cantik”. Keutamaan dalam kehidupannya adalah bagaimana menjadi seorang hamba yang tawaddhu’ kepada Penciptanya dan mengumpulkan sebanyak pahala yang mungkin untuk hari kemudian.

Model contoh dalam kehidupannya bukan pelakon filem, pemuzik atau model yang superfisial di Barat atau Timur tetapi lebih kepada Sahabiyaat dan wanita Muslim lampau yang mengabdikan diri hanya kepada Allah dengan memenuhi segala tanggungjawab kepadaNya dengan sepenuh daya tenaga mereka. Mereka ini dikenalpasti dan disanjung oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam ulama-ulama dan didalam sirah Islam bukan kerana kecantikan mereka tetapi kerana keperibadian yang tinggi dan kebijaksaan yang berkualiti, kedermawanan, kerendahan diri, kesetiaan, keberanian, kekuatan, pengorbanan dan menjadi isteri-isteri yang taat dan ibu-ibu yang penyayang. Mereka diiktiraf didalam budaya Islam bukan kerana paras rupa mereka tetapi kerana menjadi pemikir-pemikir yang hebat, cendikiawan yang hebat, pejuang-pejuang yang hebat, pensyair-pensyair yang hebat dan ahli-ali politik yang hebat dan juga para pendakwah yang hebat.

Wanita-wanita seperti Khadijah Radhiallahu anha isteri pertama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang menyokong suaminya didalam berdakwah untuk membentuk Negara Islam yang pertama telah sanggup mengharungi segala kesukaran dan rintangan dengan tabah dan sabar, malah menyaksikan penderitaan anak-anak beliau pada masa yang sama. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkata mengenainya “Aku tidak pernah berjumpa isteri yang lebih baik dari beliau. Dia mempercayai aku ketika orang lain, walaupun ahli dan kaum keluargaku sendiri tidak mempercayai aku, dan menerima bahawa aku adalah Rasul dan Pesuruh Allah yang sebenar. Dia memeluk Islam dan membelanjakan segala harta bendanya untuk membantu aku menyebarkan kepercayaan ini dan juga pada ketika seluruh dunia menentang dan menganiaya aku. Dan melaluinya, Allah mengurniakan aku dengan cahayamata.

Wanita-wanita seperti Fatimah Radhiallahu anha anak perempuan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah seorang yang sangat pemurah seperti perumpamaan cahaya api diatas bukit yang memberi panduan kepada kapal-kapal yang lalu. Contohnya, pada suatu ketika dimana Salman Radhiallahu anhu salah seorang dari rakan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam cuba mencari makanan untuk seorang Muslim yang kelaparan kerana telah tidak makan untuk beberapa lama. Dia membawa orang tersebut kebeberapa buah rumah tetapi tiada sesiapa pun yang dapat memberikan sebarang makanan. Tiba-tiba dia sampai kerumah Fatimah, lalu mengetuk pintu serta memberitahu tujuan kedatangannya. Dengan airmata berlinangan, Fatimah memberitahunya bahawa dia telah tiga hari tidak mempunyai sebarang makanan dirumah. Walaupun begitu, Fatimah enggan menolak tetamu tersebut dan berkata, “Aku tidak boleh menghantar pulang seorang tetamu yang kelaparan tanpa memberi sebarang makanan kepadanya”. Fatimah lalu merayu Salman supaya memberikan sehelai pakaian kepunyaannya kepada Shamoon, seorang Yahudi untuk ditukarkan dengan sedikit jagung. Orang Yahudi tersebut sangat kagum dengan kemurahan hati anak perempuan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam lalu memeluk Islam. Salman membawa jagung tersebut kepada Fatimah, lalu dikisarnya jagung tersebut untuk dijadikan beberapa buku roti. Apabila Salman mencadangkan supaya Fatimah menyimpan beberapa buku roti untuk diri dan keluarganya, Fatimah menjawab bahawa dia tidak mempunyai hak keatasnya kerana dia telah menyerahkan pakaian tersebut kerana Allah.

Wanita-wanita seperti Aisyah Radhiallahu anha isteri kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah seorang yang bijaksana dan mempunyai daya ingatan yang sangat kuat, telah meriwayatkan lebih 2,000 buah hadis. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dibidang tafsir, hadis, fikih dan Shari’ah. Didalam suatu mimpi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, Malaikat Jibra’il menunjukkan satu gambar Aisyah yang dibaluti oleh sutera berwarna hijau dan berkata, “Dia adalah isterimu didunia dan akhirat.

RENUNGAN>>>
Wanita Muslimah adalah individu yang berfikir, seorang yang tidak membuta tuli meniru dan menurut orang-orang disekitarnya walaupun dia menentang kebiasaan masyarakat. Dia bukanlah seorang individu yang merasa rendah diri kerana imejnya tetapi dia adalah seorang wanita yang yakin dengan kehidupan yang telah dipilihnya untuk memwujudkan kebenaran Islam melalui minda dan keyakinanya. Akhirnya, dia bukanlah seorang wanita yang hanya taksub dengan imejnya sendiri; keterampilan atau kehidupan tetapi sebagai seorang individu yang mengetahui urusan dunia, memahami masalah-masalah manusia dan berfikir dengan hati-hati tentang peranannya untuk merealisasikan sistem yang sebenarnya untuk mentadbir manusia; iaitu Daulah Khilafah. Anda bagaimana?? Marilah sama-sama kita renungkan. Wallahu alam bishawab

Tuesday, March 30, 2010

Mengkritik Baik Jika Bijak Menilainya.


Menjadi kaedah asas dalam gerakan Islam atau mana jua organisasi bahawa pengikut mestilah mentaati arahan pemimpinnya. As Sam’ u wa taah ( dengar dan taat ) terhadap arahan dan kehendak pemimpin dalam perkara yang tidak mengundang kepada maksiat @ mungkar adalah suatu tuntutan bagi amal Islami .

Sabda Rasulullah saw.
على المرء المسلم السمع و الطاعة فيما أحب و كره ما لم يؤمر بمعصية فإذا أمر بمعصية فلا سمع و لا طاعة
Wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengan dan tiada taat .
Riwayat Imam Muslim
Tidak semua tindakan dan arahan pimpinan disyaratkan terlebih dahulu mendapat kelulusan mesyuarat . Dalam perkara – perkara tertentu yang berkait dengan maslahah perjuangan dan memerlukan tindakan segera , seorang pemimpin boleh mengambil tindakan awal mendahului keputusan mesyuarat selama mana ia tidak bercanggah dengan prinsip Gerakan Islam atau Amal Islami ..

( Pun begitu , dalam banyak keadaan , syura adalah menjadi prinsip asas dalam membuat keputusan )

Kebenaran ini diberikan kepada pemimpin berasaskan ia adalah seorang pemimpin yang telah dilantik atau diberi baiah dan mandat untuk memimpin oleh ahli . Maka pastinya pemimpin yang dilantik atau dipilih malah telahpun disyurakan dikalangan ahli melalui proses yang telah dipersetujui oleh organisasi ( seperti muktamar ) adalah dikalangan individu pemimpin yang paling layak dan dipercayai .

Justeru itulah , prinsip amal Jamaei telah menegaskan bahawa pemimpin yang telah dilantik , biarpun ia hanya seorang hamba adalah wajib ditaati , dipercayai ( thiqah ) dan diberikan wala’ ( kesetiaan @ kejujuran ) kepadanya.

Sabda Rasulullah saw.
اسمعوا و أطيعوا و إن استعمل عليكم عبد حبشي كأن رأسه زبيبة .
Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanya seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula kerinting .

Riwayat Imam Bukhari dari Anas Rha.
Ketaatan kepada pemimpin dalam gerakan Islam bukan bererti kongkongan yang hanya melahirkan ahli yang patuh membabi buta atau membuta tuli . Tetapi untuk mewujudkan sebuah gerakan yang lancar dan berkesan dalam tindakan .
Oleh itu tak salah jika ahli bijak mengkritik...tetapi kritik dengan sama bekerjasama dan ia amat lah di harapkan,,bukan sekadar mengkritik dan membiarkan pimpinan terkontang kanting memikir,menyelesai,mencari dan melaksanakan..Apakah itu dikatakan JEMAAH..apatah lagi dalam Gerakan Islam yang Dibawa...( sebab itu pemimpin mesti dilantik atau dipilih dikalangan yang terbaik sebab pemimpin mesti dipatuhi dan ditaati .)

Sungguh malang bagi sebuah organisasi yang mempunyai pemimpin dan pemimpinnya dipilih oleh ahlinya sendiri tetapi kemudiannya pemimpin itu tidak dipatuhi , tidak dipercayai malah dicaci maki oleh pengikutnya sendiri .

Benarlah apa yang pernah disebut oleh Saiyidina Omar al Khattab :
لا اسلام إلا يجماعة و لا جماعة إلا بإمارة و لا إمارة إلا بطاعة .
Tiada Islam tanpa Jamaah , tiada Jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan .

Namun apa ertinya Jemaah jika tiada Kebersamaan dan sehaluan...

Namun tindakan pemimpin
kadangkala menjadi ujian kepada pengikutnya. Terutama apabila arahan tersebut merupakan arahan yang sukar untuk dilaksanakan sedang ia adalah suatu yang penting untuk gerakan Islam . Demikian juga arahan yang lahir dari pemimpin tanpa terlebih dahulu melalui proses mesyuarat dikalangan anggota kepimpinannya.

Apa erti wujudnya pimpinan kalau tiada mahu menta'atinya/.mengikutinya..namun ada sesetengah keadaan, Faktor ketidak ta'atan disebabkan Pangkat,Usia dan Pengalaman..Wal hal itu semua sudah menjadi realiti kehidupan manusia.kekadang berada di atas, dan kekadang berada di bawah.Jadi lah sperti roda yang sering akur dengan kehidupan slagimana ia Dielar RODA,dan kita selagi di serantai perjuangan jemaah Islam..

Friday, March 12, 2010

Kau Bukan Yang Dicari

Terkenang akan nasib seorang kekanda yang telah aku kenali 5 bulan lepas...Allah begitu menguji dirinya,,walau kuat luaran yang ditampil kan namun hakikatnya,jauh disudut hatinya rasa kekecewaan yang sungguh mendalam dlm benak jiwanya,aku sebagai wanita amat simpati namun hanya mampu mengalirkan air mata ketika mendengr keluhan jiwa nya,hatiku lebih simpati bila mana rumah tangga dijadikan mainan,anak dijadikan taruhan... Nabil ank sulung nya sangatt manja kepada si Bapa, hingga di bibir mulut nya basah menyebut BABA,BABA, dan BABA..jauh sekali memanggil ibunya,melainkan ketika lapar..sehinga anaknya genap 3 tahun kini,segalanya berubah,,Perubahan kepada BABAnya membawa perubahan kepada selruh kehidupan isteri dan anaknya..
Kehadiran seorang perempuan salewomen mampu menggoyahkan iman seorang lelaki...aduhai dunia.. Sibapa terpengaruh dengan sikap perempuan yang seakan tOmbai di seketika ketika waktu..Lupa akan janji dan pengorbanan siisteri selama berkenalan 5 tahun lepas...Kehidupan sibapa yang asalnya susah dan tidak berpendidikan dan bergantung kepada keluarga sisuami semata..walau asal nya Ayah si isteri tidak meizizkan mereka berkahwin disebabkan kerana si suami yang tidak mempunyai kelulusan pendidikan ,Namun Usaha dan Pengorbanan i isteri untuk mendapatkan sisuami SANGGUP ia menampung perbelanjaan Pendidikan untuk si suami mendapatkan sijil dalam Pendidikan, akhirnya berjaya dan mampu meyakinkan ayahnya dengan sijil yang diperolehi..Wang hantaran,juga belanja di support penuhnya oleh si isteri..namun Kini..dengan kehadiran perempuan tomboi yang hanya hidup bergantung duit keluarga mampu mengoyahkan keimananya dengan memusnahkan rumah tangga yang dibina selama ini dengan Senang nya.
Nabil kini dibibir mampu menyebut BENCI BABA,BENCI BABA..SYNG IBU..kasihani suara ank kecil itu..Anak kecil itu bijak berfikir dengan anak matanya bila mana melihat kekejaman ayahnya terhadap ibunya,, Lafaz CERAI dilontar dan diminta disaat Ibunya mengandungkan anak keduanya yang sangat dinantikan Oleh Nabil ..Dugaan lebih besar bilamana dalam kandungan juga mempunyai Cancer Fibroid dan memerlukan pembedahan untuk membuangnya..mana tanggungjawab kau seorang lelaki..jika ketika itu siBaba nya masih bermesra dan bermanja dengan perempuan Tomboi tersebut..Semasa kandungan 4 bulan fibroid berjaya disuci kan Namun Hatinya semakin pedih bila mana istilah cerai masih basah di bibir suaminya...Kecewanya sebagai isteri."abang, waktu hamil tak boleh cerai,tunggu la lepas bayi ini dilahirkan, kalau abng betul mahukan berpisah,biarlah kia berpisah rumah buat sementara, sehingga baby ini selamat dilahirkan." jawab suami.."tak nak..sekarang jugak sain borang Cerai ini..aku dah tak sabar ni'astagfirullah,,mana kah lmu mu wahai lelaki ISLAM..
3 Bulan selepas itu, Bayi selamat dilahirkan walau tanpa suami di sisi...Selepas anak selamat dilahirkan, bersungguh sungguh lafazkan penceraian..SEtitis pun air mata tidak mengalir di PIPI disebabkan terlalu kecewa dengansikapnya.."tuhan hanya tetapkan JoDOH kita hanya setakat ini"bjak sisuami berkata...

Wednesday, February 10, 2010

Kebangkitan Mahasiswa Banteras Kezaliman..

Mai pakat bace..sapa tak bace rugi sangat..sebagai mahasiswa kita semua kena tahu apa sebenar yang berlaku sekarang,,sebab ni soal Hak Mahasiswa itu sendiri yang dicabuli..herm..jom kita baca ye..tapi By Link kat bawah ni la ye..

http://tintaduat.blogspot.com/2010/01/kempen-besar-besaran-bongkar.html

Tuesday, January 19, 2010