Saturday, June 23, 2012

CitaNya hanya Syurga


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Thursday, March 24, 2011

KELA adventure CAMP....

21/3/11 jam 11.30 pagi kami bergerak ke tempat program menaiki 4 buah bas kiffah UKM..kenangan terindah yang tak dapat untuk kami beli dimana mana melainkan merasainya sendiri di sana..alhamdulillah bersyukur tidak terhingga diatas kesihatan dan kekuatan yang allah kurniakn ke ats diriku sepanjang disana. Walhal pagi sebelum ke sana aku baru dapatkan rawatan diatas masalah kesihatan yang aku alami. Daktor menasihati diri ku agar tidak sertai latihan lasak lasak dan dibekalkan bekalan ubat(cm ner ni,,aku dah la suka aktiviti out doorcm ni)...hurm... Berpegang juga la aku dengan pesanan doktor..

Dalam jam 3 ptg tibanya kami di tapak kem..Subhanallah suasana yang menarik sekali, walaupun ketibaan kmai disambut dengan rintih hujna... tidur rumah panjang seramai 30 orng.,pngalaman yang menarik...sangat selesa kedudukan nya,satu je yang x selesa nya coz sejuk ter sangat, menggeletar setiapkali bangun pgi..huhu..tapi BEST>>>>..

Pada petang nya kami beraktiviti bersama Abah dan PAkcik2 KeLA di dewan terbuka mengikut kumpulan masing masing...saya kumpulan 2...hahha,sumer yang hebat hebat..best best..hahha,sumer ada kelebihan tersendiri..Tapi yang pasti banyak ketawa je sepanjang dengan rakan rakan group ni..eheheh

Malam nyer,teruskan dengan aktiviti nigtwalk..wow, sumer lumpur (+ Najis buangan Lembu pun bercampur suda kot...) kami rempuh di malam hari bertambah pulak dengan titisan hujan sepanjang perjalanan mlm itu mnambahkan lecak di dlam ladang sawit tu...Kami bergerak secara berkumpulan pada awalnya,dan setelah dipertengahan perjalanan ,kami di lepaskan berjalan balik berseorangan berpandu pada cahaya lampu merah yang diletakkan sahaja. huhu,kecut jugak...tapi cool je...haha

22/3/11. Setiap awal pagi pastinya ada tzkirah subuh. Sebelum bersarapan kami diberi bekalan fizikal dulu dengan melakukan senam erobit bersama Abah. Macam macam GAya Ada....huhu,penat tapi best dan menarik step yang dibuat..best best.

Lepas sarapan..(aktiviti darat) aktiviti yang paling i like...jungle tracking..wow.lame tu,kul 9 sampai kul 2 baru turun dri hutan tu...sangat tercabar trak nyer,coz berbukit bertambah pulak hujan mlm tadi...yang pasti kerjasama semua membantu kelancaran perjalanan...Biar lambar asal sumer selamat...(^_^)

Petangnya kami kami jalankan aktiviti Udara pulak iaitu Flying fort..wah best skli..tapi x puas ati coz tetiba rasa gayat plak...sepanjang fly pejam je mata..huhu,,mungkin faktor kesihatan ku kot...adui rugi rugi

Pada malam nya..kami diberi masa untuk membuat perbincangan dan persedian untu malam 1000 bintang pada keesokan harinya...haha,,bncng sikit je,pahtu balik rehat sudaaaaa...

23/3/11. Seperti biasa bekalan rohani selepas subuh dan bekalan fizikal bersama Pak Cik kela pulak..hahha,senaman erobit die best sangat,lagu 3 idiot pun masuk..hehehsonok sonok...BOLEH BLAJAR MENARI..lpas tu baru la kami dapatkan bekalan perut lak..hehe

Aktiviti diteruskan dengan aktiviti sungai pulak..wowo..paling best...pengalaman berakit bersama dengan arus yang deras,,batu batu,juga halangan balak dan buluh buluh di depan mata..partner diatas rakit bersama saudara awif..trasa selamat wlau dihempas arus..yakin dengan kekuatan die,coz dia kena jaga handbreak kat blakang manakala aku sebagai driver kwalan kat depan...sampai 2 3 kali awif kene terjun ditengah arus nak selamatkan rakit dari terbabas,hehe, kerja aku break mulut sajer..hahah..terima kasih awif..(",) ,,

Pada petangnya...tresure hant..tapi tak habis, sempat satu chek poin je hujan lebat,,tandanya suruh kami rehat,coz kami sumer benar benar kepenatan berlawan dengan arus..heheh.. jadi untuk back up,ptang tu kami diberi pelepasan untuk melakukan persiapan untuk persembahan malam ni...

Persembahan yang pelbagai kreativiti yang ditunjukkan,ada monyet,ada zippie,ada loghat pebagai bahasa,usop kak limah ada,pendek kata,macam macam ada la...hehe..kelakor benor...

24/3/11 hari terakhir kami di kem... bekalan fizikal diberikan oleh saudara fauzi pada pg tu...senaman palapes katanyer,,hhehhe,,berkawat palapes pagi tu...ilmu boleh diambil,mungkin kperluan dan berguna suatu haru nanti..(^_')..

selesai sarapan selepas berkawat kami didedahkan ilmu memasang dan mencabut khemah..mudah je rupernye..mankna kata lpas ni kalo g camp x de hal la...leh pasang sendiri da..heheh..time kaseh Abah..

Sukanika pula selepas itu..hahah,,lama x main permainan budak budak.. seronok la leh imbau blik kenangan bermain zman budak budak...menang @ kalah bukan matlamat kami tapi ukhwah dan kenangan yang tercipta kami hargainya...selesai seseudah itu abah pulak buat aktiviti untuk kami..best skali aktivityer..dengar suara pun dah kami gentar...heheh

selesai itu kami diberi kebebasan untuk makan,mandi sungai,kemas barang dan solat...yang pastinya jam 2.30 majlis penutup akan dimulakan.. Sernok seklai bermain air sungai bersama kengkawan..best sekali...selepas sudah semua selesai,kami berhimpun di dewan terbuka untuk majlis penutupan...

Hadiah dan sijil diberikan..alhamdulillah kumpulan saya dapat dua hamper..tapi jgn kecewa coz dedua jamper tu,,saguhati jer..heheh..saguhati pun yang pasti hampernyer besau bukan main..huhuhu...best best,..

Sesi terakhirnya,sesi fotografi bersama abah dan pakcik kela...sedeh nampak air muka mereka mengingtkan keringat ayah sendiri di kampung...trasa sungguh dekat abah di hati ini..pandai abah mainkan peranan dia...Tahniah abah coz berjaya mencuit hati hati kami mengingta ayah di kampung...

Keseronokan yang dirasakan amat luar biasa hinggakan nasihat doktor terabai sudah..heheh.. yang pasti,alhamdulillah balik kem trasa lebih sihat dari sebelum pergi...alhamdulillah..

Jam 4 kami bertolak balik dari tapak kem...ALhamdullah jam 8.12mlm sampai sy di katil ku di KKM..wah kenangan terindah dirasakan..trasa amat rugi bagi yang tidak sertai..kenangan bersama rakan rakan PIPAQ buat kali akhirnya..Matlamat aku untuk mengenali pelajar PI lebih dekat dapat aku capai walau punmaish bukan keseluruhan..Ukhwah tu penting untuk bekalan hidup...hargai lah ukhwah tercipta,kerana disitu adanya kemanisan suatu masa nanti..

~Kenangan Terpatri,Uhhwah Pastinya Dihati~

Friday, November 5, 2010

Barakallahulakuma to My Beloved Cousin...

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Syabas dan tahniah diucapkan kepada sepupu ku, yang kini sudah menamatkan zaman remaja nya dalam usia yang muda(23thn) walaupun kini masih menuntut di UDM.. Tahniah juga buat akhi Mohd Azizul kalau dulunya Senior saya namun kini sudahpun menjadi cousin saya..haha... sebelum ni beliau student Fakulti Kejuruteraan di UKM dan pernah juga berprogram bersama sama, tapi kini akhirnya, telah pun mnjadi ahli anggota keluarga kami..(^_^)....hehe keciknya dunia..(@_@)..

Semoga berkat sunnah ini di laksanakan seminggu sebelum final exam, i.allah exam kalini dapat barakahnya dan dipermudahkan segala. Study molek deh yah,jadikan prkahwinan itu sebagai medan untuk mentarbiyah dan ditarbiyah diri...Hassan Al-Banna ada menyebut dalam bicaranya ;
Kehidupan rumah tangga adalah kehidupan kerja. Ia diwarnai oleh beban beban dan kewajipan. Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata-mata kesenangan dan romantik,melainkan tolong menolong dalam memikul beban kehidupan..

Semoga pelayaran bahtera kehidupan rumah tangga yang akan yah lalui ini dapat di perhalusi dengan baik,dan dapat menjadi tauladan yang baik baik untuk kami "Syuhada(25),Yati(24),Nah(22)" yang bakal menyusul insyaallah..(O_o)..

Asif Jiddan juga pada ukti dan akhi azizul coz tak dapat bersama sama memeriahkan di hari walimah kalian, masa 29.10.10 tu, 2nd paper final exam saya..x leh la balik....so harapnya nnti di walimah saya NANTI ni bukan alasan utk kalian tak menghadirkan diri jugak ye..(^_^)...

semoga dengan segala ketentuan dan ketepatan yang allah telah tetapkan ini lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan kita semua..ibarat "air yang dicincang tak kan putus"
namun diharapkan tiada lumut yang bakal merosakkan air yang jernih dari terus mengalir tenang...bersama pelihara keharmonian dalam ikatan keluarga ini sehingga dihujung waktu, jumpa jarang sekali, setahun sekali pun belum tentu kan...(@_@)..semoga doalah pengukuh hati hati kita..

Akhir kata dari Nah, Barakallah,semoga dipermudahkan lagi segala urusan selepas ini, Sampaikan salam dan maaf pada Poksu dan Moksu coz x dapat membantu di hari majlis... Niat di hati nok sangat la gi..tapi apa kan daya
"kita merancang allah pun merancang,tapi perancangan allah jauh lebih baik dari apa yang kita rancang"...

ASSaLAmuAlaikum..

_Beloved Cousin_
Dimana bumi Dipijak,Disitu islam Dijunjung,
Berjuanglah selagi Nadi MAsih Berdenyut
...

Wednesday, November 3, 2010

Renang!!!! Apa Faedahnya..??

Berenang merupakan suatu olah raga tubuh dan nafas dimana jika anda berenang maka tubuh akan selalu sehat keranya..(^_^)

1. Gravitasi tubuh dalam air akan lebih ringan dan disitu sangat membantu tubuh dalam menggerakkan semua bagian tubuh

2. Berenang dapat melatih paru – paru anda dan denyut jantung karena anda sewaktu berenang akan terjadi pola menahan nafas tetapi tubuh anda bergerak dan disitu oksigen dimanfaatkan betul – betul dalam organ otak dan paru – paru dan dapat membantu menjaga kesehatan paru – paru anda dan dapat dibuat sebagai terapi asma Karena bronkus atau cabang pipa yang menuju paru-paru dilatih dengan lembut dengan posisi mengambil nafas lalu bergerak lalu membuang nafas dengan cepat dan segera mengambil lagi oksigen dan seterusnya

3. Tulang , otot tidak mendapat beban sama sekali dan justru posisi otot yang tidak pas akan kembali pas karena diposisikan bergerak tanpa tumpuan , dan juga pada tulang anda akan semakin baik karena tulang anda ikut dilatih bergerak tetapi tanpa tumpuan dan itu bisa dibuat terapi bagi penderita dengan banyak gangguan seperti rematik , HNP ,Urat kecepit, sering linu-linu pada persendian dan banyak lainnya

4. Air dapat dibuat suatu terapi Hidroterapi untuk melatih ketenangan jiwa anda dalam air karena merasakan sentuhan dengan air yang dingin maupun hangat dapat melatih lebih rileks bagi anda

5. Olahraga renang biarpun keliatan santai tetapi dapat membantu membakar kalori anda dengan lebih cepat dan membuang lemak yang berlebihan pada semua bagian tubuh anda yang bila terdapat banyak lemak dan dapat dibuat untuk menurunkan berat badan anda secara maksimal tanpa beresiko dan tubuh anda selain turun berat badan juga keliatan lebih tegap dank arena semua bagian lemak yang berlebih dibantu untuk dibakar dengan gerakan semua bagian tubuh sewaktu berenang

Ha....so apa lagi....rajin rajin la turun renang,,banyak kelebihannya kan..Kalau dulu cara pemakaian dijadikan masalah, sekarang tidak lagi...Jualan pakaian renang ada jual dimana mana untuk dapatkannya..Layari "BajuRenangMuslimah.com"..

okey..selamat Berenang..heheh

_Rapatkan Ukhuwah,Mantapkan Tarbiyah,Teruskan Jihad_

Sunday, October 31, 2010

Pemergian Mu disyukuri..Semoga Haji Mabrur Milik Mu_ma & ayah_

Terasa jauh dari biasa yang dirasakan.. Pemergian ma & ayah ke tanah suci menjadikan diri lebih bermotivasi untuk pengurusan diri dan masa dengan lebih baik. Besar hikmah nya bila mereka berada di tanah suci..kesannya amat aku rasakan. Hati ni akan rasa serba salah kalau buat sesuatu yang tak berfaedah..rasa bedosa sangat dengan ma & ayah kalo wat. aku mesti prbanyakkan amalan,untuk mnjadi bkalan dan doa bonus untuk mereka disana yang telah mndidik anak anak nya...semoga keadaan ma & ayah sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan disana,

25/10/10 tarikh penerbanagan mereka..Walau penerbangan mereka kami iringi dengan air mata jauh disudut hati kami semua mensyukuri kesempatan yang diberikan oleh allah terhadap ma & ayah untuk ke tanah suci. Secara Peribadinya ku berterima kasih kepada abang abang dan kakak yang turut menyumbng serta menabung untuk merealisasikan impian ma & ayah. semoga walau dengan 10$ yang disumbang menjadi punca pemurah rezeki kalian selepas ini.

26/10/10 pertama kalinya exam tanpa sokongan dari ma& ayah sebelum masuk dewan exam..Tercari cari ruang untuk meluahkan rasa dan harapan yang kuinginkan seperti mana yang ma n ayah selalu berikan aku kata semangat sebelum masuk exam..namun,hanya doa dari jauh pada mu yaallah aku panjatkan agar sampai kepada kedua ibubapaku disana. Tapi aku tetap kuat,kerna aku masih ada simpan bekalan doa doa amalan yang sering ma& ayah suruh amalkan yang sering dibekalkan setiap pulang ke kg menemui mereka.Semoga setiap kali aku mengamalkannya, mendapat pahala kepada mereka..

27/10/10 hati terus berasa sayu..kerinduan kesayuan amat aku rasakan..terasa rindu tak terungkap melainkan berdoa padanya..Ku hanay mmpu berdoa hingga jam 11 mlm aku terus terlena dengan kesebakan dihati. Di pagi harinya jam 5am,lahir satu semanagt baru dalam jiwa ku..Terus aku bersujud padanya ,memohon kekuatan,semangat ini diteruskan..Terdetik untuk melihat handphone bimbit ku.."ya allah ada 5 panggilan yang miss no from arab saudi" hati terus terasa sebak,kekuatan tadi hilang pergi meninggalkan ku..Subhanallah,hati seorang ibu & ayah dapat merasakan kerinduan di hati anak nya..Selepas subuh aku taliphone kembali tapi sayang,panggilan ku tidak sampai disana...Akhirnya jam9am panggilan dari arab saudi kembali lagi..hati melonjak kesyukuran dan kegembiraan. Dapat aku meluah rasa sayng dan rindu terhadap mereka._terima kasih ma,terima kasih ayah_

28/10/10 mulai saat itu hati semakin tenang,kerana yakin walau kami berjauhan masih dapat dihubungi,sebelum ni kusangkakan,sepanjang mereka disana,akan susah untuk dihubungi,tapi zaman teknologi sekarang telah memudahkan segalanya.. Semasa di dalam exam,sedang asyik aku menjawab exam..tiba tiba!!!! hati ku bergetar,terkenang ma & ayah disan,aku x mampu meneruskan mnjawab exam.aku ltakkan pen n pensil, walau dalm tngisan aku smpat istgfar dan berdoa untuk mereka..after 15 minit hati semakin tenang dan dapat menjawab exam dengan lebih yakin..Terima kasih ya Allah..

29/10/10 Hati semakin tenang dan bersyukur kerana hampir setiap hari dapat dari panggilan ma & ayah. Dan jika aku kerinduan aku sendiri boleh hubungi mereka. Terima Kasih yaallah..

1/11/11 aku semakin kuat dan yakin,aku masih mmpunyai adik bradik yang sering menghubungi aku,pastinya mereka dapat rasakan kesedihan yang kurasakan,kerna ku belum punyai sesiapa yang sentiasa disisi berbanding mereka yang sudah punyai kehidupan sendiri,punyai suami@ isteri dan anak yang sentiasa menghiburkan diri,manakala aku dalam keadaan semua sahabat sedang berperang fokus untuk exam masing masing..tapi masih ada sorang yang setia disisi ku,stady bersama,dan sentiasa mndngar luahan ku.. terima kasih dik..

Terima kasih yaAllah,kau hadiahkan kebahagian ini kepadaku..kau mengurniakan aku keluarga yang harmoni ini juga kau hadirkan sahabat2 disisi..syukur alhamdulillah dan na'uzubillah jgn kau tarik kebahagian yang kuirasakan ini..

Tidak sabar untuk ku menanti tarikh keramat " 7/12/2010" tarikh kepulangan ma & ayah nanti..aku harus pastikan result peperiksaan ku kali ini hadiah teristimewa buat ma n ayah sepulngan mereka nanti..Ya allah permudahkan urusan ku ya allah..
_Perpisahan seketika ini telah membawa 10000000 Rahmat dalam hidupku_
anakanda
_kesayuan dalam mencari kekuatan_