
26/10/10 pertama kalinya exam tanpa sokongan dari ma& ayah sebelum masuk dewan exam..Tercari cari ruang untuk meluahkan rasa dan harapan yang kuinginkan seperti mana yang ma n ayah selalu berikan aku kata semangat sebelum masuk exam..namun,hanya doa dari jauh pada mu yaallah aku panjatkan agar sampai kepada kedua ibubapaku disana. Tapi aku tetap kuat,kerna aku masih ada simpan bekalan doa doa amalan yang sering ma& ayah suruh amalkan yang sering dibekalkan setiap pulang ke kg menemui mereka.Semoga setiap kali aku mengamalkannya, mendapat pahala kepada mereka..
27/10/10 hati terus berasa sayu..kerinduan kesayuan amat aku rasakan..terasa rindu tak terungkap melainkan berdoa padanya..Ku hanay mmpu berdoa hingga jam 11 mlm aku terus terlena dengan kesebakan dihati. Di pagi harinya jam 5am,lahir satu semanagt baru dalam jiwa ku..Terus aku bersujud padanya ,memohon kekuatan,semangat ini diteruskan..Terdetik untuk melihat handphone bimbit ku.."ya allah ada 5 panggilan yang miss no from arab saudi" hati terus terasa sebak,kekuatan tadi hilang pergi meninggalkan ku..Subhanallah,hati seorang ibu & ayah dapat merasakan kerinduan di hati anak nya..Selepas subuh aku taliphone kembali tapi sayang,panggilan ku tidak sampai disana...Akhirnya jam9am panggilan dari arab saudi kembali lagi..hati melonjak kesyukuran dan kegembiraan. Dapat aku meluah rasa sayng dan rindu terhadap mereka._terima kasih ma,terima kasih ayah_
28/10/10 mulai saat itu hati semakin tenang,kerana yakin walau kami berjauhan masih dapat dihubungi,sebelum ni kusangkakan,sepanjang mereka disana,akan susah untuk dihubungi,tapi zaman teknologi sekarang telah memudahkan segalanya.. Semasa di dalam exam,sedang asyik aku menjawab exam..tiba tiba!!!! hati ku bergetar,terkenang ma & ayah disan,aku x mampu meneruskan mnjawab exam.aku ltakkan pen n pensil, walau dalm tngisan aku smpat istgfar dan berdoa untuk mereka..after 15 minit hati semakin tenang dan dapat menjawab exam dengan lebih yakin..Terima kasih ya Allah..
29/10/10 Hati semakin tenang dan bersyukur kerana hampir setiap hari dapat dari panggilan ma & ayah. Dan jika aku kerinduan aku sendiri boleh hubungi mereka. Terima Kasih yaallah..
1/11/11 aku semakin kuat dan yakin,aku masih mmpunyai adik bradik yang sering menghubungi aku,pastinya mereka dapat rasakan kesedihan yang kurasakan,kerna ku belum punyai sesiapa yang sentiasa disisi berbanding mereka yang sudah punyai kehidupan sendiri,punyai suami@ isteri dan anak yang sentiasa menghiburkan diri,manakala aku dalam keadaan semua sahabat sedang berperang fokus untuk exam masing masing..tapi masih ada sorang yang setia disisi ku,stady bersama,dan sentiasa mndngar luahan ku.. terima kasih dik..
Terima kasih yaAllah,kau hadiahkan kebahagian ini kepadaku..kau mengurniakan aku keluarga yang harmoni ini juga kau hadirkan sahabat2 disisi..syukur alhamdulillah dan na'uzubillah jgn kau tarik kebahagian yang kuirasakan ini..
Tidak sabar untuk ku menanti tarikh keramat " 7/12/2010" tarikh kepulangan ma & ayah nanti..aku harus pastikan result peperiksaan ku kali ini hadiah teristimewa buat ma n ayah sepulngan mereka nanti..Ya allah permudahkan urusan ku ya allah..
anakanda
_kesayuan dalam mencari kekuatan_
_kesayuan dalam mencari kekuatan_
No comments:
Post a Comment