Saturday, June 23, 2012

CitaNya hanya Syurga


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Thursday, March 24, 2011

KELA adventure CAMP....

21/3/11 jam 11.30 pagi kami bergerak ke tempat program menaiki 4 buah bas kiffah UKM..kenangan terindah yang tak dapat untuk kami beli dimana mana melainkan merasainya sendiri di sana..alhamdulillah bersyukur tidak terhingga diatas kesihatan dan kekuatan yang allah kurniakn ke ats diriku sepanjang disana. Walhal pagi sebelum ke sana aku baru dapatkan rawatan diatas masalah kesihatan yang aku alami. Daktor menasihati diri ku agar tidak sertai latihan lasak lasak dan dibekalkan bekalan ubat(cm ner ni,,aku dah la suka aktiviti out doorcm ni)...hurm... Berpegang juga la aku dengan pesanan doktor..

Dalam jam 3 ptg tibanya kami di tapak kem..Subhanallah suasana yang menarik sekali, walaupun ketibaan kmai disambut dengan rintih hujna... tidur rumah panjang seramai 30 orng.,pngalaman yang menarik...sangat selesa kedudukan nya,satu je yang x selesa nya coz sejuk ter sangat, menggeletar setiapkali bangun pgi..huhu..tapi BEST>>>>..

Pada petang nya kami beraktiviti bersama Abah dan PAkcik2 KeLA di dewan terbuka mengikut kumpulan masing masing...saya kumpulan 2...hahha,sumer yang hebat hebat..best best..hahha,sumer ada kelebihan tersendiri..Tapi yang pasti banyak ketawa je sepanjang dengan rakan rakan group ni..eheheh

Malam nyer,teruskan dengan aktiviti nigtwalk..wow, sumer lumpur (+ Najis buangan Lembu pun bercampur suda kot...) kami rempuh di malam hari bertambah pulak dengan titisan hujan sepanjang perjalanan mlm itu mnambahkan lecak di dlam ladang sawit tu...Kami bergerak secara berkumpulan pada awalnya,dan setelah dipertengahan perjalanan ,kami di lepaskan berjalan balik berseorangan berpandu pada cahaya lampu merah yang diletakkan sahaja. huhu,kecut jugak...tapi cool je...haha

22/3/11. Setiap awal pagi pastinya ada tzkirah subuh. Sebelum bersarapan kami diberi bekalan fizikal dulu dengan melakukan senam erobit bersama Abah. Macam macam GAya Ada....huhu,penat tapi best dan menarik step yang dibuat..best best.

Lepas sarapan..(aktiviti darat) aktiviti yang paling i like...jungle tracking..wow.lame tu,kul 9 sampai kul 2 baru turun dri hutan tu...sangat tercabar trak nyer,coz berbukit bertambah pulak hujan mlm tadi...yang pasti kerjasama semua membantu kelancaran perjalanan...Biar lambar asal sumer selamat...(^_^)

Petangnya kami kami jalankan aktiviti Udara pulak iaitu Flying fort..wah best skli..tapi x puas ati coz tetiba rasa gayat plak...sepanjang fly pejam je mata..huhu,,mungkin faktor kesihatan ku kot...adui rugi rugi

Pada malam nya..kami diberi masa untuk membuat perbincangan dan persedian untu malam 1000 bintang pada keesokan harinya...haha,,bncng sikit je,pahtu balik rehat sudaaaaa...

23/3/11. Seperti biasa bekalan rohani selepas subuh dan bekalan fizikal bersama Pak Cik kela pulak..hahha,senaman erobit die best sangat,lagu 3 idiot pun masuk..hehehsonok sonok...BOLEH BLAJAR MENARI..lpas tu baru la kami dapatkan bekalan perut lak..hehe

Aktiviti diteruskan dengan aktiviti sungai pulak..wowo..paling best...pengalaman berakit bersama dengan arus yang deras,,batu batu,juga halangan balak dan buluh buluh di depan mata..partner diatas rakit bersama saudara awif..trasa selamat wlau dihempas arus..yakin dengan kekuatan die,coz dia kena jaga handbreak kat blakang manakala aku sebagai driver kwalan kat depan...sampai 2 3 kali awif kene terjun ditengah arus nak selamatkan rakit dari terbabas,hehe, kerja aku break mulut sajer..hahah..terima kasih awif..(",) ,,

Pada petangnya...tresure hant..tapi tak habis, sempat satu chek poin je hujan lebat,,tandanya suruh kami rehat,coz kami sumer benar benar kepenatan berlawan dengan arus..heheh.. jadi untuk back up,ptang tu kami diberi pelepasan untuk melakukan persiapan untuk persembahan malam ni...

Persembahan yang pelbagai kreativiti yang ditunjukkan,ada monyet,ada zippie,ada loghat pebagai bahasa,usop kak limah ada,pendek kata,macam macam ada la...hehe..kelakor benor...

24/3/11 hari terakhir kami di kem... bekalan fizikal diberikan oleh saudara fauzi pada pg tu...senaman palapes katanyer,,hhehhe,,berkawat palapes pagi tu...ilmu boleh diambil,mungkin kperluan dan berguna suatu haru nanti..(^_')..

selesai sarapan selepas berkawat kami didedahkan ilmu memasang dan mencabut khemah..mudah je rupernye..mankna kata lpas ni kalo g camp x de hal la...leh pasang sendiri da..heheh..time kaseh Abah..

Sukanika pula selepas itu..hahah,,lama x main permainan budak budak.. seronok la leh imbau blik kenangan bermain zman budak budak...menang @ kalah bukan matlamat kami tapi ukhwah dan kenangan yang tercipta kami hargainya...selesai seseudah itu abah pulak buat aktiviti untuk kami..best skali aktivityer..dengar suara pun dah kami gentar...heheh

selesai itu kami diberi kebebasan untuk makan,mandi sungai,kemas barang dan solat...yang pastinya jam 2.30 majlis penutup akan dimulakan.. Sernok seklai bermain air sungai bersama kengkawan..best sekali...selepas sudah semua selesai,kami berhimpun di dewan terbuka untuk majlis penutupan...

Hadiah dan sijil diberikan..alhamdulillah kumpulan saya dapat dua hamper..tapi jgn kecewa coz dedua jamper tu,,saguhati jer..heheh..saguhati pun yang pasti hampernyer besau bukan main..huhuhu...best best,..

Sesi terakhirnya,sesi fotografi bersama abah dan pakcik kela...sedeh nampak air muka mereka mengingtkan keringat ayah sendiri di kampung...trasa sungguh dekat abah di hati ini..pandai abah mainkan peranan dia...Tahniah abah coz berjaya mencuit hati hati kami mengingta ayah di kampung...

Keseronokan yang dirasakan amat luar biasa hinggakan nasihat doktor terabai sudah..heheh.. yang pasti,alhamdulillah balik kem trasa lebih sihat dari sebelum pergi...alhamdulillah..

Jam 4 kami bertolak balik dari tapak kem...ALhamdullah jam 8.12mlm sampai sy di katil ku di KKM..wah kenangan terindah dirasakan..trasa amat rugi bagi yang tidak sertai..kenangan bersama rakan rakan PIPAQ buat kali akhirnya..Matlamat aku untuk mengenali pelajar PI lebih dekat dapat aku capai walau punmaish bukan keseluruhan..Ukhwah tu penting untuk bekalan hidup...hargai lah ukhwah tercipta,kerana disitu adanya kemanisan suatu masa nanti..

~Kenangan Terpatri,Uhhwah Pastinya Dihati~

Friday, November 5, 2010

Barakallahulakuma to My Beloved Cousin...

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Syabas dan tahniah diucapkan kepada sepupu ku, yang kini sudah menamatkan zaman remaja nya dalam usia yang muda(23thn) walaupun kini masih menuntut di UDM.. Tahniah juga buat akhi Mohd Azizul kalau dulunya Senior saya namun kini sudahpun menjadi cousin saya..haha... sebelum ni beliau student Fakulti Kejuruteraan di UKM dan pernah juga berprogram bersama sama, tapi kini akhirnya, telah pun mnjadi ahli anggota keluarga kami..(^_^)....hehe keciknya dunia..(@_@)..

Semoga berkat sunnah ini di laksanakan seminggu sebelum final exam, i.allah exam kalini dapat barakahnya dan dipermudahkan segala. Study molek deh yah,jadikan prkahwinan itu sebagai medan untuk mentarbiyah dan ditarbiyah diri...Hassan Al-Banna ada menyebut dalam bicaranya ;
Kehidupan rumah tangga adalah kehidupan kerja. Ia diwarnai oleh beban beban dan kewajipan. Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata-mata kesenangan dan romantik,melainkan tolong menolong dalam memikul beban kehidupan..

Semoga pelayaran bahtera kehidupan rumah tangga yang akan yah lalui ini dapat di perhalusi dengan baik,dan dapat menjadi tauladan yang baik baik untuk kami "Syuhada(25),Yati(24),Nah(22)" yang bakal menyusul insyaallah..(O_o)..

Asif Jiddan juga pada ukti dan akhi azizul coz tak dapat bersama sama memeriahkan di hari walimah kalian, masa 29.10.10 tu, 2nd paper final exam saya..x leh la balik....so harapnya nnti di walimah saya NANTI ni bukan alasan utk kalian tak menghadirkan diri jugak ye..(^_^)...

semoga dengan segala ketentuan dan ketepatan yang allah telah tetapkan ini lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan kita semua..ibarat "air yang dicincang tak kan putus"
namun diharapkan tiada lumut yang bakal merosakkan air yang jernih dari terus mengalir tenang...bersama pelihara keharmonian dalam ikatan keluarga ini sehingga dihujung waktu, jumpa jarang sekali, setahun sekali pun belum tentu kan...(@_@)..semoga doalah pengukuh hati hati kita..

Akhir kata dari Nah, Barakallah,semoga dipermudahkan lagi segala urusan selepas ini, Sampaikan salam dan maaf pada Poksu dan Moksu coz x dapat membantu di hari majlis... Niat di hati nok sangat la gi..tapi apa kan daya
"kita merancang allah pun merancang,tapi perancangan allah jauh lebih baik dari apa yang kita rancang"...

ASSaLAmuAlaikum..

_Beloved Cousin_
Dimana bumi Dipijak,Disitu islam Dijunjung,
Berjuanglah selagi Nadi MAsih Berdenyut
...

Wednesday, November 3, 2010

Renang!!!! Apa Faedahnya..??

Berenang merupakan suatu olah raga tubuh dan nafas dimana jika anda berenang maka tubuh akan selalu sehat keranya..(^_^)

1. Gravitasi tubuh dalam air akan lebih ringan dan disitu sangat membantu tubuh dalam menggerakkan semua bagian tubuh

2. Berenang dapat melatih paru – paru anda dan denyut jantung karena anda sewaktu berenang akan terjadi pola menahan nafas tetapi tubuh anda bergerak dan disitu oksigen dimanfaatkan betul – betul dalam organ otak dan paru – paru dan dapat membantu menjaga kesehatan paru – paru anda dan dapat dibuat sebagai terapi asma Karena bronkus atau cabang pipa yang menuju paru-paru dilatih dengan lembut dengan posisi mengambil nafas lalu bergerak lalu membuang nafas dengan cepat dan segera mengambil lagi oksigen dan seterusnya

3. Tulang , otot tidak mendapat beban sama sekali dan justru posisi otot yang tidak pas akan kembali pas karena diposisikan bergerak tanpa tumpuan , dan juga pada tulang anda akan semakin baik karena tulang anda ikut dilatih bergerak tetapi tanpa tumpuan dan itu bisa dibuat terapi bagi penderita dengan banyak gangguan seperti rematik , HNP ,Urat kecepit, sering linu-linu pada persendian dan banyak lainnya

4. Air dapat dibuat suatu terapi Hidroterapi untuk melatih ketenangan jiwa anda dalam air karena merasakan sentuhan dengan air yang dingin maupun hangat dapat melatih lebih rileks bagi anda

5. Olahraga renang biarpun keliatan santai tetapi dapat membantu membakar kalori anda dengan lebih cepat dan membuang lemak yang berlebihan pada semua bagian tubuh anda yang bila terdapat banyak lemak dan dapat dibuat untuk menurunkan berat badan anda secara maksimal tanpa beresiko dan tubuh anda selain turun berat badan juga keliatan lebih tegap dank arena semua bagian lemak yang berlebih dibantu untuk dibakar dengan gerakan semua bagian tubuh sewaktu berenang

Ha....so apa lagi....rajin rajin la turun renang,,banyak kelebihannya kan..Kalau dulu cara pemakaian dijadikan masalah, sekarang tidak lagi...Jualan pakaian renang ada jual dimana mana untuk dapatkannya..Layari "BajuRenangMuslimah.com"..

okey..selamat Berenang..heheh

_Rapatkan Ukhuwah,Mantapkan Tarbiyah,Teruskan Jihad_

Sunday, October 31, 2010

Pemergian Mu disyukuri..Semoga Haji Mabrur Milik Mu_ma & ayah_

Terasa jauh dari biasa yang dirasakan.. Pemergian ma & ayah ke tanah suci menjadikan diri lebih bermotivasi untuk pengurusan diri dan masa dengan lebih baik. Besar hikmah nya bila mereka berada di tanah suci..kesannya amat aku rasakan. Hati ni akan rasa serba salah kalau buat sesuatu yang tak berfaedah..rasa bedosa sangat dengan ma & ayah kalo wat. aku mesti prbanyakkan amalan,untuk mnjadi bkalan dan doa bonus untuk mereka disana yang telah mndidik anak anak nya...semoga keadaan ma & ayah sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan disana,

25/10/10 tarikh penerbanagan mereka..Walau penerbangan mereka kami iringi dengan air mata jauh disudut hati kami semua mensyukuri kesempatan yang diberikan oleh allah terhadap ma & ayah untuk ke tanah suci. Secara Peribadinya ku berterima kasih kepada abang abang dan kakak yang turut menyumbng serta menabung untuk merealisasikan impian ma & ayah. semoga walau dengan 10$ yang disumbang menjadi punca pemurah rezeki kalian selepas ini.

26/10/10 pertama kalinya exam tanpa sokongan dari ma& ayah sebelum masuk dewan exam..Tercari cari ruang untuk meluahkan rasa dan harapan yang kuinginkan seperti mana yang ma n ayah selalu berikan aku kata semangat sebelum masuk exam..namun,hanya doa dari jauh pada mu yaallah aku panjatkan agar sampai kepada kedua ibubapaku disana. Tapi aku tetap kuat,kerna aku masih ada simpan bekalan doa doa amalan yang sering ma& ayah suruh amalkan yang sering dibekalkan setiap pulang ke kg menemui mereka.Semoga setiap kali aku mengamalkannya, mendapat pahala kepada mereka..

27/10/10 hati terus berasa sayu..kerinduan kesayuan amat aku rasakan..terasa rindu tak terungkap melainkan berdoa padanya..Ku hanay mmpu berdoa hingga jam 11 mlm aku terus terlena dengan kesebakan dihati. Di pagi harinya jam 5am,lahir satu semanagt baru dalam jiwa ku..Terus aku bersujud padanya ,memohon kekuatan,semangat ini diteruskan..Terdetik untuk melihat handphone bimbit ku.."ya allah ada 5 panggilan yang miss no from arab saudi" hati terus terasa sebak,kekuatan tadi hilang pergi meninggalkan ku..Subhanallah,hati seorang ibu & ayah dapat merasakan kerinduan di hati anak nya..Selepas subuh aku taliphone kembali tapi sayang,panggilan ku tidak sampai disana...Akhirnya jam9am panggilan dari arab saudi kembali lagi..hati melonjak kesyukuran dan kegembiraan. Dapat aku meluah rasa sayng dan rindu terhadap mereka._terima kasih ma,terima kasih ayah_

28/10/10 mulai saat itu hati semakin tenang,kerana yakin walau kami berjauhan masih dapat dihubungi,sebelum ni kusangkakan,sepanjang mereka disana,akan susah untuk dihubungi,tapi zaman teknologi sekarang telah memudahkan segalanya.. Semasa di dalam exam,sedang asyik aku menjawab exam..tiba tiba!!!! hati ku bergetar,terkenang ma & ayah disan,aku x mampu meneruskan mnjawab exam.aku ltakkan pen n pensil, walau dalm tngisan aku smpat istgfar dan berdoa untuk mereka..after 15 minit hati semakin tenang dan dapat menjawab exam dengan lebih yakin..Terima kasih ya Allah..

29/10/10 Hati semakin tenang dan bersyukur kerana hampir setiap hari dapat dari panggilan ma & ayah. Dan jika aku kerinduan aku sendiri boleh hubungi mereka. Terima Kasih yaallah..

1/11/11 aku semakin kuat dan yakin,aku masih mmpunyai adik bradik yang sering menghubungi aku,pastinya mereka dapat rasakan kesedihan yang kurasakan,kerna ku belum punyai sesiapa yang sentiasa disisi berbanding mereka yang sudah punyai kehidupan sendiri,punyai suami@ isteri dan anak yang sentiasa menghiburkan diri,manakala aku dalam keadaan semua sahabat sedang berperang fokus untuk exam masing masing..tapi masih ada sorang yang setia disisi ku,stady bersama,dan sentiasa mndngar luahan ku.. terima kasih dik..

Terima kasih yaAllah,kau hadiahkan kebahagian ini kepadaku..kau mengurniakan aku keluarga yang harmoni ini juga kau hadirkan sahabat2 disisi..syukur alhamdulillah dan na'uzubillah jgn kau tarik kebahagian yang kuirasakan ini..

Tidak sabar untuk ku menanti tarikh keramat " 7/12/2010" tarikh kepulangan ma & ayah nanti..aku harus pastikan result peperiksaan ku kali ini hadiah teristimewa buat ma n ayah sepulngan mereka nanti..Ya allah permudahkan urusan ku ya allah..
_Perpisahan seketika ini telah membawa 10000000 Rahmat dalam hidupku_
anakanda
_kesayuan dalam mencari kekuatan_

Monday, May 31, 2010

Musim Dah Sampai...

29 Mei 2010 : Kak Nurizan(UKM) & Khairul Azizie(UKM)
5 Jun 2010 : Raihanah(SMKBTP) & Fairul Amri
6 Jun 2010 : Kak Eryanti Soraya(UKM) & Zulfadli Lubis
12 Jun 2010 : Ulfa(UKM) & Khairul Anuar Abbas(UKM)
19 Jun 2010 : Hidayah(cousin) & Faizol(UKM)
16 Jun 2010 " Kak Salwana(UKM) & Ust Wan Abu Bakar(UKM)

Barakallahufikum...
Semua undangan aku tidak dapat bersama penuhi undangan...sedeh......
Segala perancangan semua terbatal bila mana kepulangan ku ke kampung sngat dinantikan oleh ibuku,, kerana pengorbanan dari ku untuk keluarga tercinta amat diharapkan waktu itu..sebagai 1. Nurse untuk Ayahku sakit Batu Karang tika itu,,2. Nurse juga utk kakakku yang Demam(masih dlm pantang dirumah), 3. Driver untk mak(mak x pandai bwak moto) kesana kesini(mengajar mengaji Disetiap blok stiap hari)..4. Bibik untu anak buahku...:)..menjaga anak kakak yng dlm demam tu....

Segalanya berlaku dalam satu masa,,mmbuatkan situasi keluarga tergugat tika tu..Hingga kan, sebelum pulang mak ku berpesan"nah kalau lapar nasi makan siap siap kat kdai ye baru blik..sebab kat rumah x de lauk nak makan nasi...ma dah seminggu x mkn lauk..sebab ayah skit x de orang nk g bli brang dapur kat kdai" huhu...sayu nyer rasa...

Kini kepulangan ku mmbawa perubahan...aku bawak ayah ku ke hospital yang sedang mngerang mnahan sakit,,,bawak x-ray,,dan temui lah punca skit nya...Mnjadi pemandu untk ibuku ksana ksini mnghntar ke tmpat mngajar nya setiap tngahri,,kalau tidak sepanjang ayahku skit,,smua appoiment kelas ibuku semua dibatalkan..kini bermula lah kembali...manakala kakak,,aku yang memicit kpala,dan mnemani tidur mlm nya,,,anak anak nya kujaga seperti anak ku sndiri,,mkn minum,tidur ,main semua di bawah kawalan ku...owh moksu yang mithali..heheh...

Akhirnya sebelum hbisnya cuti ku,,,hari sabtu aku pulang ke klang untuk mnymbung praktikul ku...aku mninggalkan dlm keadaan,kakak dah sihat,,ayah btu karangnya dah keluar,,dan mak mmpu tersenyum..tpi sedeh kerana selama 2 bulan rumah riuh rendah dengan gurauan cucunya berumur 1thun6bln n berusia 2 blan bru lpas pntang terpaksa pulang k rumah mreka untuk kakak mmulakan kerja kmbali...

Apapun aku berpuas hati dgn cuti ku kali ni,,walau tidak dpt mmbantu tman2 sperjuangan di UKM,,juga tak dapat meraikan majlis knduri shbt tersyang ku ULFA dan Suami...namun aku dpt mmnuhi khndak keluarga ku yng sngat mmrlukan aku tika itu...maaf ye semua..kerana Keluarga lbih memerlukan aku...

masa cuti sek ku sepenuhnya dirumah..1st time aku rasakan ini...
Tetapi sebelum ku pulang ke kg lg besar ujian yng ku trima..nnti next post aku critakan....
ok lah...Nk wat RPH nk kene observe jap g..ok lah..wassalam..

:)..terasing dalam sepi

Monday, April 26, 2010

"Pada Syurga di Wajahmu".........

Kisah cinta ini bermula di Kota Kufah, sebagaimana
yang diceritakan oleh Raja' bin Umar An-Nakha'I.
Menurutnya; Suatu ketika dahulu di Kota Kufah, tinggal
seorang pemuda kacak tampan yang sangat tekun dan
rajin beribadat , dan dia termasuk salah seorang ahli
zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di suatu tempat
yang didiami oleh kaum An-Nakha'.

Di sana, secara
tidak sengaja dia telah bertemu dengan seorang gadis
yang sangat cantik. Itulah kali pertama matanya
menyaksikan kejelitaan yang tidak pernah disaksikannya
apalagi tergambar di fikirannya selama ini. Kecantikan
gadis tersebut benar-benar telah membuatkan dia jatuh
cinta pandang pertama dan bermula dengan pertemuan
pertama itu,hatinya di lamun rindu.

Demikian juga halnya dengan gadis cantik itu yang turut menyimpan
perasaan yang sama dengannya.Maka, untuk memenuhi
hasrat hati , pemuda tersebut telah menghantar
wakilnya menemui keluarga gadis itu untuk meminangnya.
Namun ternyata hasratnya tidak kesampaian kerana gadis
tersebut telah ditunangkan terlebih dahulu dengan
putera bapa saudaranya. Sejak dari peristiwa itu,
mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat.
Si gadis cantik itu kemudian mengutus seorang hamba
untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda yang
telah menawan hatinya; "Aku tahu betapa engkau sangat
mencintaiku, dan kerananya, betapa besar
penderitaanku. Seandainya sudi, aku akan berkunjung ke
rumahmu atau memberi kemudahan padamu untuk datang ke
rumahku." Namun, hasratnya ditolak oleh pemuda kacak
itu dengan alasan dia takut pada Allah.

Setelah mengetahui bahawa hasratnya ditolak, gadis tersebut
diam seketika kemudian berkata, "Selamanya aku belum
pernah menemui seorang lelaki sebegini zuhud yang
begitu takut pada kemurkaan Allah. Demi Allah,tiada
seorang pun yang layak mendapat gelaran kemuliaan
kecuali dia,sedangkan kebanyakan orang adalah
munafik.

"Setelah berkata demikian, gadis tersebut
memencilkan diri dan membuang segala urusan
duniawinya. Dia berubah dengan memakai pakaian dari
tenunan kasar dan sejak itu menumpukan sepenuh
perhatiannya dengan tekun beribadat kepada Allah.
Wajah jelitanya bertukar menjadi pucat, sementara
hatinya merana, badannya kurus lantaran sarat
menanggung beban cinta kepada lelaki tersebut. Dan
kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang
hidupnya hingga akhir hayatnya. Setelah dia meninggal
dunia, pemuda itu sering menziarahi makamnya.


Hinggalah suatu hari dia bermimpi melihat
kekasihnya,gadis itu hadir di dalam keadaan yang
sangat menyenangkan malah lebih cantik dari dulu.
Pemuda itu bertanya, "Bagaimana keadaanmu setelah
berpisah dariku?" Dengan senyuman lebar gadis itu
menjawab yang dia sekarang bahagia dengan apa yang
diperolehinya hasil daripada cinta sucinya pada pemuda
itu dulu yang masih bersemi kukuh di hatinya.
Mendengar penuturan kekasihnya itu,pemuda tersebut
lalu bertanya kepadanya, "Di mana engkau
berada?"Dengan kata-kata yang tersusun indah gadis itu
menyatakan yang dia berada di dalam kenikmatan syurga

Dan akan menunggu ketibaan pemuda tersebut ke
pangkuannya. Pemuda tersebut lantas berkata, "Di sana
aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan
sebaliknya aku pun tidak akan melupakanmu!""Dan demi
Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh,
aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu,
dengan kesungguhan hati,sehingga Allah berkenan
memberikan pertolongan kepadaku!" jawab gadis
itu.Pemuda itu kembali bertanya kepadanya, "Bila aku
dapat melihatmu kembali?""Tidak lama lagi engkau akan
menyusul ke mari," jawab kekasihnya.Setelah tujuh hari
selepas peristiwa mimpinya itu, pemuda tersebut
akhirnya meninggal dunia, menyusuli kekasihnya yang
menanti di pintu syurga.

Thursday, April 22, 2010

Kerna Dirimu Begitu Berharga..)

Jadilah diri anda lebih lembut

Daripada tiupan angin yang sepoi-sepoi

Dan lebih tinggi cita-citanya di dunia daripada bintang di langit..


Abu Thalhah mengajukan lamarannya untuk mempersunting Ummu Sulaim binti Mulhan dan menawarkan kepadanya mahar yang besar. Akan tetapi, Abu Thalhah terkejut dan lisannya kelu ketika Ummu Sulaim menolak lamarannya dengan angkuh dan besar diri seraya mengatakan “sungguh tidak pantas bagiku menikah dengan lelaki yang musyrik. Tidakkah engkau tahu, hai Abu Thalhah, bahwa tuhan-tuhan kamu adalah hasil ukiran seorang budak miliki keluarga fulan dan sekiranya kamu bakar dengan api niscaya ia akan terbakar”


Saat itu juga dada Abu Thalhah terasa sangat sempit, lalu ia pergi dengan perasaan yang hampir tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Akan tetapi, cintanya tulus kepada Ummu Sulaim membuatnya datang kembali pada hari berikutnya untuk mengiming-imingi Ummu Sulaim dengan mahar yang jauh lebih besar dan penghidupan yang makmur lagi senang dengan harapan barangkali saja Ummu Sulaim menjadi lembut dan mau menerima lamarannya. Kali ini Ummu Sulaim menjawabnya dengan kesopanan yang tinggi seraya berkata “orang seperti engkau, hai Abu Thalhah tidak pantas untuk ditolak. Sayangnya engkau seorang lelaki yang kafir, sedang aku adalah seorang wanita muslim. Aku tidak boleh menikah denganmu”


Abu Thalhah bertanya “apakah sebenarnya yang engkau inginkan?” Ummu Sulaim berkata “apa yang aku inginkan?” Abu Thalhah bertanya “emas ataukah perak yang engkau inginkan?” Ummu Sulaim menjawab “sesungguhnya aku tidak ingin emas atau perak darimu, tetapi aku menginginkan islam darimu” Abu Thalhah berkata “kepada siapakan aku dapat memperolehnya?” Ummu Sulaim menjawab “kamu bisa mendapatkannya dari Rasulullah saw”. Maka pada saat itu juga Abu Thalhah berangkat menemui Nabi saw yang saat itu sedang duduk bersama para sahabatnya. Ketika Nabi saw melihat kedatangan Abu Thalhah, beliau langsung bersabda kepada para sahabatnya :

telah datang kepadamu Abu Thalhah, sedang kedua matanya memancarkan sorotan cahaya islam”


Abu Thalhah datang dan menceritakan kepada Nabi saw apa yang dikatakan oleh Ummu Sulaim. Sesudah itu Abu Thalhah menikahi Ummu Sulaim dengan mahar seperti yang dimintanya yaitu masuk agama islam.

Sesungguhnya Ummu Sulaim adalah contoh yang unggul bagi setiap wanita yang mendambakan kemuliaan dan berupaya meraih keutamaan. Perhatikanlah bagaimana dia bagaimana dia menggariskan tanda-tanda kemuliaan dan keimanan selalu melalui sepak terjangnya yang baik. Perhatikanlah betapa besarnya pahala yang akan diterimanya nanti di sisi Allah Swt. Renungkanlah bagaimana dia telah meninggalkan nama yang harum dan pujian yang baik serta keberhasilannya dalam meraih pahala yang besar lagi diberkati. Demikian itu tiada lain karena dia adalah seorang wanita yang jujur dengan Tuhannya, jujur dengan dirinya sendiri, dan jujur dengan orang lain. Beruntunglah Ummu Sulaim dengan surga yang akan ditempatinya pada hari orang-orang yang jujur memperoleh manfaat dari kejujurannya. Selamat buat Ummu Sulaim dengan kenikmatan kekal yang akan dialaminya dan betapa beruntungnya dia karena mendapatkan semua yang disukainya.

Kata Mutiara Hari Ini

"Murah senyumlah

Jika anda ingin orang lain tersenyum kepada anda"

Wednesday, April 14, 2010

Indah Nya Ketika Itu..


Coretan Buat Kalian Teman ku...

Ukhuwah..
Indahnya Ia jika diamati kembali walaupun pasti tercalit kepahitan namun pasti akan disulam dengan KEMANISAN dalam berukhuwah...segala yang buruk sering dikatakan jadikan sempadan sepanjang persahabatn,,,argh..itu semua kata kata yang sering di lontarkan Tapi..sejauh mana ia lahir dari hati atau mungkinkah ia sekadar Coretan buat tatapan semua yang digelar SAHABAT...

Kini aku Terfikir.......
Sejauh mana? seutuh mana? serapuh mana? persahabatn yang pernah aku Bina...
Selama mana mampu KEMANISAN persahabatan dapat bertahan dijiwa mereka yang begelar sahabat dan selama mana mmpu bertahan dgn jiwa yang sering dinoda dek anasir anasir luar...

Ku sering dengar orang memprsoalkan erti Ukhuwah...Persahabatn.....Teman...Sahabat...huh..aku bertarung dgn perasaan,,,apakah makna itu semua,,,Perlukan aku mengkategorikan siapa mereka yang disamping ku..Aku merasakan semuanya indah bila terbina nya persahabatan bersama teman teman disamping...Namun,,aku akur dimana penghujung nya ukhuwah yang terbina itu...

Pertemuan pertama kali kita sentiasa mekar dibenak fikiranku,,tetapi bgaimana di benak fikiranmu??? mungkin tiada memori card khusus untk ingatan mngenai ku,,,namun mungin dapat diselitkan sedikit memori2 manis antara kita..atau!! tiada tercipatanya memori indah yang boleh disavekan dlm space documen di minda mu...oh..jauh nya aku dari hatimu rupanya....x pe manusia x lari dri sifat lupa,,akan aku mngingatkan mu kmbali...

Indahnya ketika itu..
Seruan dakwah yang mengikat kita…kita bersama mngejar masa mnyelesaikan segala kerja....Bersama kita bersama dalam segala perkara...dlm masa yng sama hadirnya insan baru bgku dari kalngan nasab terdekat mu...wah indahnya ketika itu...aku berada bersama kalian...aku dapat kehidupan baru dalm berukhuwah.....

Mengingatkan aku,,satu program manis bersama senior2 kita di satu tapak Program...kita bersama mnyanyikan lagu tema Devotees[sahabat]....akrabnya kita ketika itu,kita berdua dijemput utk kondak lagu tu..malunyer...apakan daya senior suruh,ikut je kita kan....indahnya ketika itu..


SePulangannya kami ke UKM...
alamak..aku ada satu program melibatkan markah exam ku...Tapi tak PE....walau aku mengecualikan diri,aku dapat mneruskan bersama sama program ukhuwah itu...sayang nya aku pada kalian...kerna aku yakin kalian lebih membwa khidupan ku...
Buktiya..kalian bersama2 mnyiapkan asigmnt ku utk aku mndptkn blik markah ku, walaupun tika itu kalian sibuk dengan exam.???erm,,mcm tulah ukhwah,, kalian bermatian mnolong ku..indahnya ukhuwah ketika itu..tp!! mungkin ke kerana permintaan senior suruh menemaniku Tika itu???? x kan??...dari hati kalian kan...selepas exam,esoknya,,,ingat x sempat kita bersama2 ke Masjid Hasanah bersama kuda putih ku, yang gagah berlari....utk mndptkan bahan assigment ku...owh indahnya ketika ku...


Semenjak pada itu...
Pendaftaran kusus kita bersama,,mmudahkan urusan gerak kerja kita...kesana kemari kita bersama,,makan minum,,rehat,release tension,shopping,,,argh sering kita bersama...sehingga kadang kadang ksibukan ku mnyebabkan tman2 disekelilingku hairan melihat perubahan pada diriku...kelas kadang kadang kelewatan,,,asgmnt kadang2 last minute...ish ish...taksub btul ku pada taklifat yng dberikan..hehe..pepun,aku sngat terima kasih atas nasihat teman2 ku...itulah teman...”KWAN SEJATI BUKAN YANG MMBENARKAN APA YANG KITA KATA,TAPI MNEGUR SGALA KSALAHAN PADA KITA”...Ingat tau!!! jgn abaikan urusan akademik walau pun sibuk dalm urusan gerak kerja dakwah...indahnya waktu itu...itu pentingnya kawan...

Pada Akhirnya,,,
kita cuba balance kan masa kita dengan urusan gerak kerja,urusan akademik,dan hubungan kita bersama mad’u..Maka kputusan yang kita pegang bersama,,kita hanya bersama disaat kita rasa perlunya,,kerna kita yakin,,ikatan ukhuwah dakwah kita lebih berpadu...maka bermulalah kehidupan baru kita kan..masa ku lebih bersama teman teman fakulti ku...Dan kau terus bersama teman seGerakan kita...kehidupan kita lebih selesa ketika itu...aku masih diingatan kalian walau pun jarang bersama kalian....buktinya,,,kalian masih mncri ku disaat kalian mmrlukan pertolongan dariku....kmana kalian disitu juga aku...INGAT TAK!!!! kita bersama ke rumah ummi naik train...bertolak magrib dari UKM..masyaallah...punya kita syngkan masa berama kita....simpan lagi tak card KTM yang kita menabur janji untuk simpan bersama...i.allah mgkin hnya ada diceruk hati hati kalian..indahnya ketika itu kan...trima kasih kerana jadi teman ku sebelum ni....knp tidak sekarang????i.allah masih ada sisa di hati kalian...

Tapi...
Setebal mana ukhwah yang kita bina tu????adakah hanya tika diperlukan kita mncari teman???bukan begitu kan...tapi bagaimana kita????persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran....adakah segalaya kerna diriku terlalu mlebihkan sahabat fakulti ku...tapi itulah hakikatnya..dan kalian tentu faham keadaan nya kan.kerna aku yakin pd kalian,,ukhuwah kita jalinkan kerna atas keterikatan ikatan fikrah pasti lbih kuat bukan....


Kadang Kadang...
Kita sering berintraksi via maya mengatakn Rindu...Rindu persahabatn selama ini...Bila YM,,,Bila SMS ayat kita manis,,indah..menabur kata rindu,kasih dan sayang..Hingga air mata mmpu dialairkan bla mngenangkan bersalah kerna buat teman trasa sedemikian,,namun benarkah itu semua realiti..diriku x pasti sejauh mana ia lahirnya dri htimu dgn apa yang kau utarakan?...atau hanya ketika kau kesepian kau mncari jejak ku?...bila kau bersama 3 serangkaimu,,adakah aku msih di hatimu?....Namun aku cuba berhusnuzone dan berlapang dada...sememangnya itu yng perlu ada dalm stiap mereka yang digelar Teman...Apatah lagi kita yang bersama sering mngatakn mngejar redhanya....

Namun..
Masa berganti Hari berganti Bulan berganti Semester...
Persoalan itu terus dibenak fikiran ku...Tiada kurasakan perubahan di antara kita,,,malah kumerasakan antara kita semakin jauh,,dan aku sering dihujung hujung ingatan kalian...Terdetik untuk aku berikan satu pmberian ikhlas driku bersama nama kalian tertulis diatasnya..Makin hari tulisan itu semakin kabur dan hampir padam...terfikir aku,,begitu jugak kah persahabatn antara kami???ya allah prihalah ukhuwah kami....

Sehingga lah kini...
Aku Diberi satu taklifat yang lebih besar,membuat kan aku lebih bnyak perkara untuk difikir kan maka hanya mampu lebih berhusnuzone dengan kalian...makan bersama jarang sekali,,ke tempat pogram bersama jarang sekali,,shopping bersama jarang sekali,,mncari sakinah bersama jarang sekali..apa yang aku sangkakan,mungkin kalian ada keperluan lain..Tapi knp kita x mampu bersama??..walhal dia boleh???adakah kerna dia sering mnghabiskan masanya bersama kalian,,manakala aku lebih berdikari mnyelesaikan kerjaku sendirian..adakah itu faktornya....

Makin hari..hati ku Makin Runsing....
sehingga kini...kurasakan seperti namaku terkubur dibenak fikiran kalian...
Ya Allah berikan aku kekuatan Hadapinya...singkapkan Kebenaran yang sering bermain dibenak ku Ya Allah..

Sehingga 72 jam yang berlalu...
Argh...halusnya naluriku kau persendakan...Kau pergi tanpa mempelawaku bersama...Sedangkan kau hadir dihadapan daun Pintu ku sebelum bergerak kesana,,tapi kakunya lidah mu untuk mengajak ku bersama...(Apakah masih bernas alasannya yang kalian Utarakan) Aku hanya mampu melihat sepeninggalan kalian sehingga ke hujung anak mataku di daun tingkap rumahku bersama titisan memanik jernih di pipiku...Gagal nya aku rasakan ketika itu aku didalam memelihara persahabatan....



Baru Aku Sedar...
Hipokrit nya msg msg ukhuwah yng kita sering lontarkan...Hanya sepotong msg sbagai pganti diri mlafazkan kata palsu....sejauh mana ia dari dihati kita sbenarnya....Argh..apa semua ni..Kenapa begitu Rapuh ukhuwah yang aku bina selama 3 tahun ku ini..dimana kah ksilapan ku...Begitu mudah aku ditinggalkan/dilupakan,,walahal kalian sesungguhnya pasti mengakui hakikat kehidupan kita yang harus berlari mngejar redhanya juga matlamat menggalas ilmu untuk dibawa pulang kpada ibu ayah yang sedang mnnti ditangga rumah bukan!!!!...Tidakkah sahabat2 ingin bersama2 mmbantu ku??????..tp,mungkin kalian x berkesempatan masa....tpi knp harus kalian terus mnnggalkan ku???...adakah kalian Mengharuskan masa ku dilebihkan bersama kalian,masa tugasanku yng mmpu aku berdikari sendiri harus terus berubah bersama2 kalian????Wajar kesemua tu.....itu ke yang kalian inginkan...

Ya Allah....
Aku redha apa yang berlaku,,tetapi mngapa serapuh ini persahabatn antara kami...Berat untuk aku Lalui nya Ya Allah...Segalanya ternyata dan terbukti bila mana dua statemnt kutemui yang telah kalian utaran dan telah mmbuktikan sememang aku tiada lagi dalam KAMUS HIDUP KALIAN,kalian memang 3 serangkai yang Hebat...Tapi percaya lah statemnt tersebut mampu melukai hati ramai shbat2kita,, “berhati bila bermadah,,berwaspada bila berkata” Tapi...Mungkin itu yang terbaik untuk kalian teruskan perjuangan ini...Tapi satu permintaan dariku...Jangan lah kalian terus menguburkan kenangan antara kita dalam ingatan kalian,,

TAHNIAH!!,,kerana kalian telah buktikan Kegagalan Ku dalam Persahabatan.... Sepanjang Persahabatn ku,,tidak pernah aku Rasakan Kegagalan Dalm Persahabatan sebegini yang sedang aku cuba Rentasi ini. Allah maha Adil..mungkin Hikmah Lebih Besar mennti didepan hari...

Ya Allah..
Mungkin kan kalau aku sebenarnya sedang diberi ujian oleh mu??? untuk aku mngenal siapa sebenarnya Teman,,Sahabat,,,Kawan,,dan Siapa Musuh..dalam hidup ku...Tapi untuk Kalian tetap aku Letakkan Sebagai Sahabat,Teman dan Kawan...

Apabila kau ingin berteman,janganlah kau pandang kelebihannya krn mungkin dengan satu kekurangan kau akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman janganlah pula dinilai kebaikannya krn mungkin dengan satu kelemahan kau akan membncinya..
Andai kau inginkan sahabat yang satu ,janganlah diuji akan ilmunya kerana apabila dia buntu mungkin kau akan menyisihkannya,
Andai kau ingin berteman Trimalah dia seadanya krn dia hanya seorang sahabat yang hanya manusia biasa..
Maka bersahabatlah krn allah..
Moga Ukhwah Kalian Dibina di atas Landasan yang Satu dan diberkati Olehnya…

Salam Sayang Buat Teman Seperjuangan…
Antara Kau Aku Dia dan Dia…
Smoga ada satu Ikatan yang tidak akan memutuskan ikatan kita..Janji Allah adalah Kepastian...
Ujian Adalah Tarbiyah Darinya...Aku akn Terus diUji dan diUji….


Terasing Dalam Sepi..
Coretan Hati Kecil Seorang Da’ie yang Kerdil..
15/04/10
0315am

Saturday, April 3, 2010

Adakah Aku Wanita Pemikir?:(


Wanita Muslimah yang memahami dengan jelas tentang hidupnya yang sebenar hanyalah untuk mencari keredhaan Penciptanya dan yakin bahawa Jannah (syurga) atau Jahanam (neraka) merupakan balasan diakhirat, adalah seorang wanita yang berfikir. Dia adalah seorang yang tidak akan terpedaya dengan mitos kecantikan atau berusaha sedaya upaya untuk menerima imej dangkal yang dipropagandakan oleh Negara Kapitalis Barat. Dia tidak akan terpengaruh dengan dakyah dangkal yang membincangkan tentang kecantikan, rambut atau fesyen yang betul, atau membuang masa dan tenaga cuba untuk mencapai harapan yang tidak realistik sepertimana yang didefinasikan oleh masyarakat Barat sebagai “wanita yang cantik”. Keutamaan dalam kehidupannya adalah bagaimana menjadi seorang hamba yang tawaddhu’ kepada Penciptanya dan mengumpulkan sebanyak pahala yang mungkin untuk hari kemudian.

Model contoh dalam kehidupannya bukan pelakon filem, pemuzik atau model yang superfisial di Barat atau Timur tetapi lebih kepada Sahabiyaat dan wanita Muslim lampau yang mengabdikan diri hanya kepada Allah dengan memenuhi segala tanggungjawab kepadaNya dengan sepenuh daya tenaga mereka. Mereka ini dikenalpasti dan disanjung oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam ulama-ulama dan didalam sirah Islam bukan kerana kecantikan mereka tetapi kerana keperibadian yang tinggi dan kebijaksaan yang berkualiti, kedermawanan, kerendahan diri, kesetiaan, keberanian, kekuatan, pengorbanan dan menjadi isteri-isteri yang taat dan ibu-ibu yang penyayang. Mereka diiktiraf didalam budaya Islam bukan kerana paras rupa mereka tetapi kerana menjadi pemikir-pemikir yang hebat, cendikiawan yang hebat, pejuang-pejuang yang hebat, pensyair-pensyair yang hebat dan ahli-ali politik yang hebat dan juga para pendakwah yang hebat.

Wanita-wanita seperti Khadijah Radhiallahu anha isteri pertama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang menyokong suaminya didalam berdakwah untuk membentuk Negara Islam yang pertama telah sanggup mengharungi segala kesukaran dan rintangan dengan tabah dan sabar, malah menyaksikan penderitaan anak-anak beliau pada masa yang sama. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkata mengenainya “Aku tidak pernah berjumpa isteri yang lebih baik dari beliau. Dia mempercayai aku ketika orang lain, walaupun ahli dan kaum keluargaku sendiri tidak mempercayai aku, dan menerima bahawa aku adalah Rasul dan Pesuruh Allah yang sebenar. Dia memeluk Islam dan membelanjakan segala harta bendanya untuk membantu aku menyebarkan kepercayaan ini dan juga pada ketika seluruh dunia menentang dan menganiaya aku. Dan melaluinya, Allah mengurniakan aku dengan cahayamata.

Wanita-wanita seperti Fatimah Radhiallahu anha anak perempuan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah seorang yang sangat pemurah seperti perumpamaan cahaya api diatas bukit yang memberi panduan kepada kapal-kapal yang lalu. Contohnya, pada suatu ketika dimana Salman Radhiallahu anhu salah seorang dari rakan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam cuba mencari makanan untuk seorang Muslim yang kelaparan kerana telah tidak makan untuk beberapa lama. Dia membawa orang tersebut kebeberapa buah rumah tetapi tiada sesiapa pun yang dapat memberikan sebarang makanan. Tiba-tiba dia sampai kerumah Fatimah, lalu mengetuk pintu serta memberitahu tujuan kedatangannya. Dengan airmata berlinangan, Fatimah memberitahunya bahawa dia telah tiga hari tidak mempunyai sebarang makanan dirumah. Walaupun begitu, Fatimah enggan menolak tetamu tersebut dan berkata, “Aku tidak boleh menghantar pulang seorang tetamu yang kelaparan tanpa memberi sebarang makanan kepadanya”. Fatimah lalu merayu Salman supaya memberikan sehelai pakaian kepunyaannya kepada Shamoon, seorang Yahudi untuk ditukarkan dengan sedikit jagung. Orang Yahudi tersebut sangat kagum dengan kemurahan hati anak perempuan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam lalu memeluk Islam. Salman membawa jagung tersebut kepada Fatimah, lalu dikisarnya jagung tersebut untuk dijadikan beberapa buku roti. Apabila Salman mencadangkan supaya Fatimah menyimpan beberapa buku roti untuk diri dan keluarganya, Fatimah menjawab bahawa dia tidak mempunyai hak keatasnya kerana dia telah menyerahkan pakaian tersebut kerana Allah.

Wanita-wanita seperti Aisyah Radhiallahu anha isteri kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah seorang yang bijaksana dan mempunyai daya ingatan yang sangat kuat, telah meriwayatkan lebih 2,000 buah hadis. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dibidang tafsir, hadis, fikih dan Shari’ah. Didalam suatu mimpi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, Malaikat Jibra’il menunjukkan satu gambar Aisyah yang dibaluti oleh sutera berwarna hijau dan berkata, “Dia adalah isterimu didunia dan akhirat.

RENUNGAN>>>
Wanita Muslimah adalah individu yang berfikir, seorang yang tidak membuta tuli meniru dan menurut orang-orang disekitarnya walaupun dia menentang kebiasaan masyarakat. Dia bukanlah seorang individu yang merasa rendah diri kerana imejnya tetapi dia adalah seorang wanita yang yakin dengan kehidupan yang telah dipilihnya untuk memwujudkan kebenaran Islam melalui minda dan keyakinanya. Akhirnya, dia bukanlah seorang wanita yang hanya taksub dengan imejnya sendiri; keterampilan atau kehidupan tetapi sebagai seorang individu yang mengetahui urusan dunia, memahami masalah-masalah manusia dan berfikir dengan hati-hati tentang peranannya untuk merealisasikan sistem yang sebenarnya untuk mentadbir manusia; iaitu Daulah Khilafah. Anda bagaimana?? Marilah sama-sama kita renungkan. Wallahu alam bishawab