Wednesday, July 22, 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini



Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini. 




Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden , Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden .



Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT .. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …


pelbagai rupa dan gaya..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Kalian mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurang an yang ada pada diri kalian.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH

Saturday, July 18, 2009

jAkiNlAh dEngAn kEteNtuAnnYa..

Setiap ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,

"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe


Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?

Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.
Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah,pasti Allah akan menolongnya.
Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,



"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya.
Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.
begitu sedeh perempuan tua itu mengenagkan takdir yang ditentukan oleh Allah itu..

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.

Tuesday, July 14, 2009

Hati mati..Hati kotor..nauzubillah...


Apabila kita katakan, yang kita hendak mendekati ALLAH S.W.T., hakikatnya kita telah mengisytiharkan perang terhadap segala bentuk dosa dan maksiat.
Imam As-Syafi’e pernah berkata,
“ Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang g
elap"
Jika ilmu itu dianggap cahaya, dan ianya tidak memasuki hati yang gelap, apa lagi rahmat ALLAH yang pastinya lebih tinggi dan mulia dari ilmu. Malah, sebenarnya, kefahaman kita untuk mendekati ALLAH itu juga adalah ilmu.
Memang, jika kita perhatikan, apabila hidup kita ini bergelumang dengan dosa, maka kita akan menjadi sukar untuk mendapatkan sesuatu atau melakukan sesuatu. Malah mungkin, apabila kita melakukan dosa dan maksiat, kita tidak mampu melakukan perkara yang biasanya kita boleh lakukan. Kekuatan kita seakan-akan terhijab apabila kita melakukan dosa.


Kenapa?
Dosa pada hakikatnya akan menubuhkan satu bintik hitam di dalam hati kita. Saya jadi teringat dengan satu kata-kata, saya tidak pasti ia adalah hadith ataupun kata-kata ulama’, tetapi kata-kata itu berbunyi begini

“ Dosa itu akan menghitamkan hati. Apabila manusia itu melakukan satu dosa, maka akan tumbuh satu bintik hitam pada hatinya”

Maka, jika kita berterusan melakukan dosa, tidakkah hati kita akan jadi semakin hitam?
Sesungguhnya hati itu terbahagi kepada tiga.
1. Hati yang hidup.
2. Hati yang sakit.
3. Hati yang mati.


Ketiga-tiga jenis hati ini, kita perlulah memberikan perhatian yang penuh. Jika kita sering melazimi dosa, dan tidak berusaha menjauhinya, maka hati kita akan jatuh pada peringkat hati yang sakit. Pada peringkat hati yang sakit ini, anda akan lihat diri anda rasa berat untuk beramal, anda mula rasa enak dengan dosa yang anda lakukan, dan anda mula perhatikan yang diri anda jauh dari ALLAH. Jika pada peringkat ini anda masih tidak sedarkan diri dan berusaha untuk berperang dengan dosa, dan berusaha kembali untuk mendekati ALLAH, maka hati anda akan terus menghitam dan jatuh pada hati yang mati. Adakah manusia di dalam alam ini, yang mati kemudian hidup kembali? Maka seorang mu’min akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjaga hatinya. Kerana hatinya adalah raja kepada seluruh tubuhnya
Rasulullah S.A.W. bersabda,
“ Di dalam tubuh manusia itu, terdapat segumpal daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh tubuhnya, maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati” - Al-Hadith.

Mendekati Raja Segala Raja, Pencipta Segala Pencipta, ILAH dan RABB kepada seluruh alam semesta, kita hendak atau tidak hendak, perlu mengistiharkan perang dengan dosa. Jika pada saat ini, diri kita masih dibelenggu dengan dosa-dosa yang kita suka lakukan, atau sudah terbiasa lakukan, maka kita perlu berusaha menjauhinya dengan gerak tindakan yang konsisten.

Tiada manusia yang boleh berubah serta-merta, tetapi semua manusia perlu bergerak dan berusaha untuk berubah. ALLAH itu Maha Penyayang. DIA tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya yang mendekatiNya.

“ Sesungguhnya ALLAH sukakan orang yang sering bertaubat dan orang yang membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

Kita sebagai anak Adam pastinya akan melakukan banyak dosa, tetapi sebaik-baik pelaku dosa adalah orang yang sering bertaubat.
Mari kita isytiharkan perang terhadap dosa-dosa kita. Mendekati ALLAH Yang Maha Besar, dan mendapatkan Syurga Yang Selama-lamanya itu lebih besar dari keseronokan dosa kita yang sementara. Maka mari kita berusaha bersama-sama.
Ya, bersama-sama. Sahabat dan saya.
Kita sama-sama berperang, meningkatkan diri, meninggalkan dosa, mendekati ILLAHI.

Susah?
Ah.. itu perkara yang tidak perlu kita fikirkan. Jangan jadikan susah sebagai alasan. Balasannya adalah syurga! Saya ulang, Syurga! Yang luasnya melebihi langit dan bumi, yang segala berkenaan denganya tidak dapat kita bayangkan dengan fikiran kita. Tambahan, syurga itu, di dalamnya kita kekal abadi. Apakah susah dalam memerangi dosa ini dapat kita bandingkan dengan Syurga itu
Marilah kita duduk sebentar, berfikir, bermuhasabah, dan mengoreksi diri.


Wednesday, June 17, 2009

alhamdulillah...selesai sudah..

"if you want take the photo..you must say ...CHEESE>>>>>>>you can get nice photo with your sweet smile"..hehe

ASSALAMUALAIKUM...NAKKONGSI KERIANAGAN NI BERSAMA..hehhe
alhamdulillah selesai sudah drama dalam foundation ni...alhamdulillah juga dalam keriangan, kegembiraan, keceriaan,keterikatan, serta diakhirnya  KEMENANGAN jua bersama kami..." say cheese.."

kemenangan bukan tujuan kami, tapi keceriaan dan keterikatan ukhuwah yang kami cuba hidupkan dan ianya mampu memberi lebih keriangan daripada satu kemenangan..ape pun alhamdulillah kemenagan jua menjadi milik kami..


erm...rasa mcm x percaya, sebab preparation for drama just tinggal one week...time tu baru siap scrip,baru nak cari watak,ada pulak masalah pemilihan watak..hurm mcm mcm...dugaaaaannnn.. 

 apepun doa jangan lupa sebelum wat sesuatu...bE4 kami masuk giliran lakon kan drama semalam pun sempat juga menadah tangan meminta doa agar diberi kemudahan dan hilangkan rasa gemuruh pada semua...Senjata umat islam kan DOA... erm pak inspektor yang membacakan doa..


Tapi berkat usaha dan kerjasama semua pihak, akhirnya kepenatan, keletihan, kepayahn, dibayar jua dengan kejayaan..."KEJAYAAN AKN DPT SETIMPAL USAHA YANG DIBERIKAN"

ALHAMDULILLAH.....