Monday, October 26, 2009

tipsssssssssssss...


HARI PEPERIKSAAN
• Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
• Datang awal ke dewan peperiksaan
• Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
• Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
• Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda

SEMASA PEPERIKSAAN
• Baca arahan dengan teliti. 
• Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
• Baca setiap soalan dengan teliti. 
• Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
• Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada;
    - masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan
    - bilangan soalan yang perlu dijawab
    - markah yang diperuntukan bagi setiap soalan dan pecahan bagi setiap soalan
• Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi            kehendak soalan
• Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen                    berdawat terang (hitam)
• Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
• Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
• Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
• Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
• Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

SELEPAS PEPERIKSAAN
• Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu                  peperiksaan.
• Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
• Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
• Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.

  .gOOd Luck for ALL...kejayaan akan diberi SETIMPAL usaha kita

                                                                        من جد وجد                

                              

1 comment: